My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Thursday, August 7, 2008

SIRI 4 : TRAIL KG ASLI BULUH TELOR.

Salam..... bertemu semula dalam ruangan penerangan trek atau trail bagi pengayuh ASCC.
Trek @ trail ini adalah laluan kayuhan pada sebelah petang hanya 9 kilometer jaraknya. Trek ini tidak mencabar dan hanya mempunyai 3 bukit yang mudah di takluki, laluan ini lebih mendatar dengan jalan tanah dan sedikit berturap tar.
Memulakan kayuhan melalaui hadapan Restoran Siri Mutiara , menyulusuri sungai selangor , menempoh 2 buah kandang lembu dan Pusat Ternakan Ikan Komesial ( Untuk pasaran luar Negara kata mereka ). Laluan dipingir kebun getah dan Bekas lombong sehingga sampai di Kg Asli Beluh Telur ( Satu ketika dulu anjing asyik mengejar apabila kami sampai di situ, tetapi kini anjing siap bagi Tabik bila Lf. Kol. dengan SI Md Dosah mengayuh ).

Laluan susur Sungai Selangor

Amin dan Abg Sani di titi besi Pusat Ternakan Ikan Komesial

Azmi dan Amin di pingir Kebun getah dan lombong

Tolong bagi laluan pada motosikal

Laluan ini ' bertenang aje' kata amin

Titi batu di tengah Kg Asli Beluh Telor
di tengah bukit yang tertinggi di laluan ini
penurun yang licin bila selepas hujan
salah satu rumah orang asli di perkampungan tersebut
ini bukit yang agak tinggi

lepas penurun ini ada rumah
mula naik bukit

melalui ladang rumput
Masa kering ok le tapi bila diorang jirus air.... habis kotor
Abg sani menghalang amin memotong di laluan ini
Selepas titi di tengah kg asli bukit yang curam perlu di sudahi dan bukit kedua yang tinggi dan seterusnya penurun yang licin dan selalunya banyak anak anjing. Keluar dari kg Asli terus melalui ladang rumput dan kembali semula ke jalan yang di lalui pada awalnya. Selalunya pengayuh ASCC akan menambah laluan ke trek balak dan mencuba bukit yang tegaknya 45%. dan semasa balik akan menaiki bukit tokong seterusnya kembali ketaman damai. ada kalanya rasa tak cukup menguasai pengayuh dan ini menyebabkan menambah kayuhan satu taman Bukit Bujang. Semua itu mengambil masa dalam 45 minit sahaja . Anda boleh mencuba jika mahu.
Nazimin bersama menakluki bukit lias
Rohaizat berpuas hati dengan laluan kayuhan
Basikal ada masalah itu bukan problem... betul tak ijat
Lain kali boleh ikut lagi
OK kita tunggu Kayuhan Genting Hihgland.

No comments: