My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Tuesday, August 5, 2008

PENGAJAR & PELAJAR DARUL QURAN TURUT KAYUH

Pertanyaan Ustaz Bakri - Imam Surau As Sakinah yang juga tenaga pengajar di Darul Quran pada seminggu sebelum itu , seolah tidak percaya oleh kami. Bukan tidak percaya pada Ustaz tetapi kami tertanya sesama sendiri mahukah pelajar darul quran joint kami yang dah skim pencen ( Veteren le tu ). Alhamdulilah dengan ada minat dan kesungguhan selepas solat isyak berjamaah malam sabtu 1/8/2008 Ustaz Bakri sekali lagi menyatakan persetujuan kayuhan esok.

Ustaz Bakri berbaju merah bersama 4 pelajarnya

Sebelum jam 0730 pagi 2/8/2008 Ustaz Bakri dan 4 pelajarnya DQ Saudara Khairul Anuar, Saudara Tengku Hakim, Saudara mahmud dan Saudara Shahir sampai di pot di jalan damai 8. Biasa bagi pengayuh ASCC mengambil masa sedikit untuk menanti pengayuh yang lain, lebih ramai lebih keseronokan dan banyak cerita ....... Kayuhan pagi ini mula pada jam 7.40 pagi dan **sebelum itu saya memohon maaf kepada ustaz dan pelajarnya yang inginkan kayuhan ke Empangan atau Frezer Hill , oleh kerana jadual kami minggu ini tidak kearah sana maka kami meminda kayuhan ke 3 dalam 1 kerana ianya lebih mencabar dan menyeronokan.


Bergambar depan rumah Mr. President sebelum kayuhan

Semangat tinggi semua pengayuh

Kayuhan pagi ini begitu menyakinkan dan mempunyai keseronokan tersendiri kerana disertai oleh pengayuh lain. Tambahan pula tuan Imam dan guru kami turut serta kayuhan pagi ini, Jarak perjalanan ini tidak lah jauh sangat lebih kurang 25 Kilometer sahaja. Jalan-jalan yang di lalui kering dan tidak becak seperti selalunya. Sambil berkayuh, pengayuh-gayuh dari ASCC memberikan tunjuk ajar kepada pelajar DQ dari segi pengunaan Gear dan kedudukan tubuh badan semasa berkayuh di tempat tempat tertentu.

Ustaz Bakri mencuba basikal yang disesuaikan untuk dirinya, Kesesuaian basikal juga penting untuk berkayuh
Sudah lama tidak sukan begini.......... kata Ustaz
Berehat sebentar.................. Ustaz bakri

Kebun getah laluan kami ni ustaz..... kata Zan

tolong ambil gambar ana..... Shahir

ini bukan di Camaron Highland....

Dalam setiap kayuhan kadang kala terdapat masalah teknikal keatas basikal, bagi pengayuh ASCC segala kemungkinan ini alhamdulilah dapat di atasi kerana segala kelengkapan dibawa bersama dan kebetulan Pakar Teknikal Hasnizan turut serta di kayuhan ini. Begitu jua kerap berlaku pengayuh mengalami masalah kekejangan dan keletihan. Selalunya perkara sebegini juga dapat di atasi dengan bantuan kecemasan oleh Pengayuh ASCC ( Minyak urut dan Deep sentiasa di beg saudara Azmi ) dan bagi yang keletihan biasanya rehat yang agak panjang sahaja sudah memadai. Alhamdulillah pengayuh pagi ini dapat sesuaikan diri dengan cepat dan tiada perkara yang tidak baik berlaku. Pada usia yang muda, tenaga yang hilang akan dapat di pulih semula dalam tempuh masa yang singkat.

Zan membetulkan tempat duduk dan brek.......
tempat rehat biasa di bukit lias
Disini kami pangil "Trek Jambatan Gantong' kata lias
Adik-adik tengok abang zan buat macam ni.....
Mauli bagi laporan keadaan sekitar ke pusat Kawalan

khairul Ante.. tak bawa air lebih ka ....... Ustaz tenguk tu... Mahmud

kita rehat selepas mengayuh melalui dusun Durian

kayuhan begini tidak boleh rehat terlalu lama
semua nya boleh.................ditiga suku pejalanan trek 2
Ustaz bakri begitu bersemangat............
kita bergerak sekarang.....................

cepat le pakcik tu dah gerak....................
Tunggu kekawan di kebun getah trek ke 2........
Ambil angin dulu.................

Tunggu apa lagi
Alhamdulilah semua pengayuh selamat menamatkan misi kayuhan 3 dalam 1 ASCC bersama Ustaz Bakri dan 4 pelajarnya. Terpapar diwajah mereka keletihan dalam kepuasan yang menyeronokan. Kami berharap mereka ini tidak serik untuk turut serta di kayuhan lain dan mungkin di trek yang lain dan bawa rakan lain bersama. Terima kasih kepada Ustaz dan pelajarnya .
Kepada Anda yang lain juga boleh joint kami.
TUNGGU KAMI DI KAYUHAN ------------- GENTING HIGHLAND

1 comment:

Unknown said...

Kalau macam ni selalu... kan bagus, lebih berkat kata org lama. hehe.
Nanti minta Ustaz Bakri ajak lebih ramai pelajar & pengajar Darul Quran join kita. Baskal nampak banyak kat dalam kampus DQ tuh.

Basikal kat kariah Tmn. Damai pun banyak lagi tak keluar tuh. Jangan takut. Cuba dulu. Dijamin BEST!

MARI! MARI! MARI!