Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Gear penggelungsur jenis Shimano yang digunakan pada basikal
Sesebuah basikal juga memerlukan satu sistem transmisi bagi memindahkan kuasa daripada punca kuasa (kaki manusia) kepada roda, sebagaimana kenderaan lain seperti kereta, motosikal, lori dan bas. Sistem gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal moden, bermula daripada terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19.
Sepintas lalu
Sebelum terciptanya basikal keselamatan pada akhir kurun ke-19, basikal penny-farthing dengan roda hadapan yang besar menjadi popular. Tangkai engkol kaki basikal berkenaan terletak terus di bahagian roda hadapan dan saiz roda hadapan menjadi penentu utama kelajuan maksimum basikal berkenaan.
Sungguhpun demikian, saiz roda yang terlalu besar menjadikan basikal sedemikian agak berbahaya serta sukar ditunggang oleh penunggang yang bertubuh kerdil. Oleh demikian, basikal keselamatan dicipta pada tahun 1885 dan basikal tersebut adalah basikal pertama yang menggunakan pacuan rantai dan gegancu. Sejak itu, basikal keselamatan mula menjadi piawaian kepada reka bentuk basikal moden.
Ramai orang menganggap gegancu basikal sebagai "gear" walaupun istilah sedemikian sebenarnya kurang tepat, oleh yang demikian nisbah gear basikal merujuk kepada nisbah gegancu yang digunakan pada basikal. Namun demikian, tidak semua basikal yang menggunakan pacuan rantai; terdapat juga basikal yang menggunakan pacuan aci dan gear.
Jenis transmisi
Gegancu tetap
Basikal BMX serta basikal lumba bergegancu tetap hanya mempunyai satu nisbah gear sahaja, iaitu pacuan lebih (kurang gerakan kaki diperlukan untuk kelajuan yang lebih tinggi). Dengan itu, penunggang dapat menunggang dengan pantas di jalan raya yang rata serta apabila menuruni bukit dengan hanya memerlukan daya kilasan yang sama seperti daya yang diperlukan oleh pejalan kaki biasa. Namun demikian, penunggang akan menghadapi kesukaran untuk mendaki bukit memandangkan daya kilasan yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada daya yang diperlukan oleh seorang pejalan kaki biasa. Oleh itu, sistem gear basikal boleh ubah direka bagi semua keadaan jalan.
Gear penggelungsur
Kebanyakan basikal lumba serta basikal mendaki bukit menggunakan gear penggelungsur untuk membolehkan basikal digunakan di semua keadaan jalan sama ada rata, mendaki bukit atau menuruni bukit. Terdapat dua set gegancu berlainan saiz bagi menyediakan nisbah gear yang berbeza dan dikendalikan oleh dua set tuas tangan. Penggelungsur akan menggerakkan rantai sehingga tergelincir ke gegancu pilihan. Penegang rantai turut digunakan dalam sistem ini bagi membolehkan penukaran gear tetapi dalam masa yang sama memastikan tegangan rantai yang betul.
Gear hab
Gear hab menggunakan satu set gear planetari kecil yang serupa seperti yang digunakan dalam transmisi automatik bagi menyediakan beberapa nisbah gear yang sesuai, teletak pada satu hab kecil pada roda belakang.
My Album
KAYUHAN KAMI MINGGU INI
SENDIRI-SENDIRI....
Tuesday, August 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment