Pada tarikh 30/08/2008 kayuhan ini terasa begitu istimewa, mungkin ramai yang tertanya apa yang istimewanya hari ini. Sebenarnya kayuhan ini sama seperti kayuhan yang lain cuma diantara yang menariknya Kayuhan tanpa rancangan yang teliti ini tetapi boleh jadi seolah-olah telah dirancang dengan baik. Apa tidaknya.....dipagi yang segar dan indah ini. Pengayuh ASCC berkumpul di tempat biasa dan ramai diantara pengayuh membawa bendera 'JALUR GEMILANG' tanpa disuruh atau diarah. Mereka tahu apa erti menjelang merdeka....
Kayuhan pagi ini dimulakan dengan pengayuh ASCC berbaris serta menyanyikan lagu 'NEGARA KU' dengan Presiden ASCC Lf. Kol. Mohamad mengetuainya. Begitu semangat Pengayuh ASCC pagi ini.... walau pun tidak dirancang ( Gambar tidak dapat di rakam kerana semua pengayuh memberikan sepenuh perhatian dalam acara ringkas tapi bermakna ini). Respon spontan ASCC menunjukan keperihatinan warga ASCC meraikan Kemerdekaan Ke 51 Malaysia.
Bersedia selepas berbaris...
Jalur Gemilang berkibar megah
Diantara basikal yang mengibarkan bendera disepanjang kayuhan
Zan memeriksa basikal....... itu rutin biasa pengayuh ASCC
Bergaya dengan Baju oleh penaja yang sama
Helmi dengan Helmet baru... mahal tu......
Kayuhan pagi ini melalui trek Rumah Ehsan hingga ke Kg Paya Dalam. Lebih menarik lagi apabila penyertaan Presiden Lf. Kol Muhamad dan Timbalan Presiden DSP/R Hamzah Yonos yang kedua-duanya hampir sebulan tidak berkayuh. Kekuatan semangat Timbalan Presiden yang tidak mahu mengalah , menunjukan semangat juang yang tinggi. Alang-alang orang tidak naik bukit setinggi ini. Dalam pada itu terasa megahnya saya dan beberapa pengayuh lain yang mengibarkan JALUR GEMILANG di sepanjang kayuhan.
Lias slamba aje naik bukit
Mustafa....... tiada masalah
Helmi berusaha untuk berjaya
Tuan Hamzah.....Aku OK.....
Boleh tahan juga Trek ini
Depan kandas belakang kantoi le.. zan
Rasa le air ni.....zan
Mr Presiden sedang memikirkan masalah negara
bukan tunggu durian tetapi menunggu kawan-kawan yg lain.
itu namanya semangat setiakawan.
Bukan menginggalkan kumpulan...... lu punya suka
ada masalah sama-sama kita atasi...
menuruni bukit yang curam terpaksa turun basikal
Setelah mendaki bukit yang tinggi, melalui lorong-lorong kecil serta curam yang dalam di sebelah kiri, akhirnya semua pengayuh selamat sampai ke Kg Paya Dalam. Secara kebetulannya Saudara Sudirman yang juga penduduk Kg Paya Dalam kami temui di hadapan Surau, Beliau dengan gembiranya menjemput kami menikmati buah Manggis . Alhamdulilah Pengayuh ASCC tidak menolak rezeki, Habis hampir sebakul buah manggis. Terima kasih saudara Sudirman.
Manis betul buahnya... macam manis orang yang makan buah tu.
Terima kasih En. Sudirman..... ada rezeki bagi lagi
Terima kasih En. Sudirman..... ada rezeki bagi lagi
Setelah berehat seketika dan menikmati buah manggis, kami meneruskan kayuhan kembali ke Taman Damai dan sebelum itu rasanya tidak cukup cabaran bagi kami..... lalu Sungai Selangor pula menjadi laluan kami. Kebetulan hari ini airnya agak deras dan ianya menjadi licin, namun pengayuh ASCC bertekat juga menyeberanginya. akhirnya semuanya berjaya menyeberangi sungai ini.
Abg. Sani...... Kacang aje.....
Zan mendapat sokongan penonton
Setelah mengharungi sungai yang deras tu, kemungkinan besar air telah memasuki diruang-ruang yang sensitif seperti gear dan brek. Oleh itu Pengayuh ASCC bersama-sama melakukan Servis atas semua basikal dan mempastikan semuanya dalam keadaan baik.
bukan untuk lelong.....Tauke Albert Sani
Kerjasama semasa servis juga penting
Jaga-jaga zan , jangan selalu menongeng cam tu... bahaya....
Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Ke 51. Gunakan Kebebasan pada tempat dan waktu yang sesuai dan bukan mengujudkan suasana kacau bilau kepada negara. Malu le kita , Malaysia yang aman damai akhirnya di burukan oleh orang Malaysia yang di gelar Melayu yang sentiasa tidak puas hati...... Ketahuilah ada orang berpolitik untuk menjaga kepentingan diri dan rakyat pula akan telopong kerana tertipu, dik menyokong membabi buta dan ikut perasaan. Siapa yang rugi.........
3 comments:
apa yang penting, kerjasama!!!
apa yang penting, kerjasama!!!
apa yang penting, kerjasama!!!
hehe
wOOOI... PEMINAT WONDER PET RUPANYA........ ITU LE KISAH DIBUATNYA...............
Nice Ride!!!
Go Cycling for Optimum Health...
Post a Comment