Salam....................
Alhamdulilah hari ini dah 10 hari kita berpuasa, sama-sama lah kita mencari keredhaan dan keberkatan Allah dibulan yang mulia ini.
Namun begitu sepanjang bulan ramadhan ini bukan bermakna kita terlalu letih dan berehat-rehat, Kita dituntut untuk lebihkan amal ibadat dan pada bulan ini juga kita juga aktif, apa tidaknya, siang berkerja, petang kayuh basikal, selepas berbuka puasa berjemaah di surau, Solat Isya dan kita melakukan solat sunat " Terawih" 20 zakaat + 3 witir dan jamuan 'more' ( tak kan makan aje, tolong-tolong le sikit). Ini bermakna kita semakin aktif . Alhamdulilah.
Walau pun pada bulan ramadhan ini , semua Umat Islam berpuasa dan begitu juga pengayuh ASCC namun begitu kayuh tetap kayuh. Pada kayuhan musim ini kami sekadar mengurangkan sedikit jarak kayuhan ataupun mengekalkan jarak kayuhan tetapi kurang kelajuan. Dalam pada begitu ada juga pengayuh yang membuat pengayuh lain geram dan akhirnya kayuhan menjadi laju dan jarak semakin jauh dari sebelum bulan ramadhan.
Kepada pengayuh yang lain jangan takut untuk mengayuh di bulan puasa ini, sememangnya macam tak berapa nak larat, tetapi bila dah mula kayuh lupa yang kita berpuasa, badan rasa lebih sihat dan rasa bertambah bertenaga. Kayuhan petang kita mulakan jam 6.15 ptg dan kayuhaa hingga jam 6.45 atau jam 7.00 petang pun dah OK dan kita sempat sampai kerumah untuk membersihkan diri dan terus berbuka puasa.
Kepada pengayuh ASCC pesan Ustaz Zulhairi 'Kayuh 35 kilometer larat, solat terawih hanya 20 rakaat aje, no hal kan'.
My Album
KAYUHAN KAMI MINGGU INI
SENDIRI-SENDIRI....
Wednesday, September 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment