Pastikan semua orang bawa angin dan udara ....Taklimat oleh Mr. President.
Tepat jam 7.30 Sabtu 26/7/2008 semua pengayuh sedia berkumpul dipot Jalan Damai 8. Seramai 10 orang pengayuh bersiap sedia menyahut cabaran. Mr. President Lef. Kol. Muhamad Mahmud mengetuai cabaran pagi ini. Pengayuh ASCC bersama sahabat ASCC Mr. Mustafa ( Ampang Pecah ) dan Adik Shafiq.
kita kena kayuh ......... lias jangan malu-malu- Mr. President
tengok lias tu awal-awal dah minum- Abg Sani
Kita macam mana....Abg Sani......... Kita diam dulu tuan...
Bukit Grachi tu dah kami takluki..... Mr T
Kayuhan pagi banyak memberi pengajaran, walaupun ramai yang menganggap ia mudah dan biasa kayuh ke FH tetapi bagi orang yang jarang dan tak biasa ia agak mencabar dan teruk. Apa yang kita boleh pelajari ialah kesabaran, kesungguhan dan daya usaha. Usia bukan penghalang, mungkin mereka yang berusia lebih 60 tahun biasa mengayuh ke FH. Ada juga yang mengatakan 'mengapa ada orang membodohkan diri dengan memanjat bukit tinggi-tinggi' itu kata mereka yang tidak berminat dalam sukan basikal. Dalam hal ini kepuasan hanya akan terasa apabila 'target' kita tercapai, keletihan dan kesakitan akan hilang . Orang melayu sering berkata "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Jika anda sudah menaklukinya terpulanglah sama ada hendak mengulanginya atau tidak. Kepuasan atau tidak telah terjawab.
Walau pun berbasikal lasak ini satu dari ratusan jenis sukan extrem , tujuan kita sebenarnya untuk bersukan dan mengeluarkan peluh bagi tujuan kesihatan. Sama ada jauh atau dekat kayuhan yang dibuat tidak perlu di persoalkan yang pentingnya ikut kemampuan diri kita , kayuhan ini umpama makan nasi 'sedap makan lebih, tak sedap makan sikit'. Selain dari beriadah dan bersukan, peluh yang mengalir akan mengujudkan keadaan selesa serta badan yang sihat akhirnya menujudkan keseronokan dan kepuasan.
Kayuhan ke FH ini memberikan kelebihan dan keyakinan kepada pengayuh-pengayuh ASCC kerana dalam diri pengayuh ada" Yakin Boleh" dan "Aku boleh"
Kita kena lihat peta.....inilah akibatnya kalau tak cukup tidur.........
kita rehat dulu , jauh lagi puncak nya
Aku bukan letih..... ambil angin sikit...Lias
Nanti aku pangil ambulan.... aku sakit le bro...
Kejang le pulak...... dah 54 tahun bro.....
hanya 2 kilometer aje lagi............
alang-alang sampai... basikal pun naik atas...mie
Muka bangga le juga.....
kasi nampak jam....... shafiq
Wahai ayah bonda... anakanda dah berjaya... Syafiq
Aku stady aje....... lepas ni nak balik jelebu
Basikal problem bukan alasan....
Sejarah bagi aku 54 tahun kayuh sampai sini
Sup pun dah macam air syafiq ni...
Siapa belanja nasi ayam ni... peduli le kita belasah aje.
tak kan lepak kot....... zan . tak ada kek ke ?
asyik tangkap gambo aje .... baru nak makan.
letih juga kita...... haji Abu
boleh lagi ni pergi ...... genting pulak
Kemampuan ku teruji...... mie
Pengubasuaian bangunan, buat pekan FH lengang
Seronok bila dah berjaya mendaki.....
hilang letih dan sakit seketika
Sebagai orang yang agak matang usiaku 54 tahun.... aku mengajak semua pembaca , mari lah bersukan dan bergembira bersama aktiviti yang berfaedah..... Aku boleh....... koma pun boleh...... teman dah 2 cucu yop..... . Syabas...... En. Alias Omar.......
3 comments:
heh heh... dulu teman agaknya paling muda dlm geng kayuh ni. Tapi apakan daya, mahu tidak mahu, dunia tetap berubah dgn pantasnya. nampaknya Geng kayuh termuda dah dirampas dek Syafik. huhu.
Anyway, TQ bery2 much atas wish dr geng kayuh.
Majulah sukan untuk komuniti dan negara!
oraiiiittttttt.
Lupa plak nak ucap SYABBAS MERABETA, mike semua memangnyer handei bebenor. Jangan serik pulak kome. Teman tak sampei lagi kat ateh nu. Target, mesti sampei jugak tu.
KOME SEMEMANGNYA HEBAT!
HIDUP ASCC!
Post a Comment