My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Monday, July 28, 2008

FRESER HILL MUDAH BAGI KAMI

Selesai solat isyak berjemaah disurau As Sakinah Taman Damai, Berderum motosikal masing-masing pulang kerumah..... Aiiii tak ada mesyuarat ke malam ini ( Minum kopi le di kedai ) bagus semua ahli hari ini. Agaknya dalam pemikiran pengayuh ASCC cabaran esok ingin takluki Bukit Freser's. Entah macam mana mesyuarat tergempar tetap diadakan di Rose seafood. Sampai pukul 1.00 pagi barule semua beredar ........


Pastikan semua orang bawa angin dan udara ....Taklimat oleh Mr. President.


Tepat jam 7.30 Sabtu 26/7/2008 semua pengayuh sedia berkumpul dipot Jalan Damai 8. Seramai 10 orang pengayuh bersiap sedia menyahut cabaran. Mr. President Lef. Kol. Muhamad Mahmud mengetuai cabaran pagi ini. Pengayuh ASCC bersama sahabat ASCC Mr. Mustafa ( Ampang Pecah ) dan Adik Shafiq.



kita kena kayuh ......... lias jangan malu-malu- Mr. President


tengok lias tu awal-awal dah minum- Abg Sani

Kita macam mana....Abg Sani......... Kita diam dulu tuan...

Bukit Grachi tu dah kami takluki..... Mr T


Diorang ni nak pergi ke tidak.... Zan
tunggu kekawan lain......
Sampai di Air Terjun.... hup...hup....hup...
Sampai juga

Jamil dan zan lagi awal sampai
Mie dan lias...................
Hj Abu dan Mr. T................
Cantik punya coner ......
Jenuh tunggu diorang ni...... aku pecut dulule..... jamil
Basikal pulak buat hal....... kisah benar tau....
nak bergambo.... simpan le perut tu lias..... Mie
Pakcik kita mandi nak...... Shafiq

Basikal ni tak ada masalah.... Hj Abu


Gambar SU Sabli menunggeng..... jadi marshall hari ni
Marshall Kid's Sabli Son... nak ikut... nak ikut

Mil Jauh lagi ke ni....... kau ikut aje aku zan
sampai sini kira ok banyak le aku tu..... Lias
Cepat le lias dema dah jauh dah tu.......
Masuk majalah kembang setaman
di simpang ke Freser's hill
wahai orang-orang kampung... liah lah dunia... aku berjaya

Haji Abu bagi lapuran ........
arah kayuhan ASCC lepas ni

Kayuhan pagi banyak memberi pengajaran, walaupun ramai yang menganggap ia mudah dan biasa kayuh ke FH tetapi bagi orang yang jarang dan tak biasa ia agak mencabar dan teruk. Apa yang kita boleh pelajari ialah kesabaran, kesungguhan dan daya usaha. Usia bukan penghalang, mungkin mereka yang berusia lebih 60 tahun biasa mengayuh ke FH. Ada juga yang mengatakan 'mengapa ada orang membodohkan diri dengan memanjat bukit tinggi-tinggi' itu kata mereka yang tidak berminat dalam sukan basikal. Dalam hal ini kepuasan hanya akan terasa apabila 'target' kita tercapai, keletihan dan kesakitan akan hilang . Orang melayu sering berkata "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Jika anda sudah menaklukinya terpulanglah sama ada hendak mengulanginya atau tidak. Kepuasan atau tidak telah terjawab.

Walau pun berbasikal lasak ini satu dari ratusan jenis sukan extrem , tujuan kita sebenarnya untuk bersukan dan mengeluarkan peluh bagi tujuan kesihatan. Sama ada jauh atau dekat kayuhan yang dibuat tidak perlu di persoalkan yang pentingnya ikut kemampuan diri kita , kayuhan ini umpama makan nasi 'sedap makan lebih, tak sedap makan sikit'. Selain dari beriadah dan bersukan, peluh yang mengalir akan mengujudkan keadaan selesa serta badan yang sihat akhirnya menujudkan keseronokan dan kepuasan.

Kayuhan ke FH ini memberikan kelebihan dan keyakinan kepada pengayuh-pengayuh ASCC kerana dalam diri pengayuh ada" Yakin Boleh" dan "Aku boleh"

Kita kena lihat peta.....

inilah akibatnya kalau tak cukup tidur.........

kita rehat dulu , jauh lagi puncak nya

Aku bukan letih..... ambil angin sikit...Lias

Nanti aku pangil ambulan.... aku sakit le bro...

Kejang le pulak...... dah 54 tahun bro.....

hanya 2 kilometer aje lagi............


alang-alang sampai... basikal pun naik atas...mie

Muka bangga le juga.....

kasi nampak jam....... shafiq

Wahai ayah bonda... anakanda dah berjaya... Syafiq

Aku stady aje....... lepas ni nak balik jelebu

Basikal problem bukan alasan....

Sejarah bagi aku 54 tahun kayuh sampai sini

Sup pun dah macam air syafiq ni...

Siapa belanja nasi ayam ni... peduli le kita belasah aje.

tak kan lepak kot....... zan . tak ada kek ke ?

asyik tangkap gambo aje .... baru nak makan.


letih juga kita...... haji Abu




boleh lagi ni pergi ...... genting pulak

Kemampuan ku teruji...... mie

Pengubasuaian bangunan, buat pekan FH lengang

Seronok bila dah berjaya mendaki.....

hilang letih dan sakit seketika




disinilah mercu tanda Freser's Hill ( Jam besar )


Pengayuh-pengayuh ASCC sampai ke puncak FH (Jam Besar mercu tanda ) sebelum waktu zohor. Jamil, zan dan Hj Abu telah sampai dahulu dan yang lain kemudian sedikit kerana memikirkan keselamatan lebih penting, semasa kami mendaki bukit dipertengahan perjalanan waktu mendaki telah tamat dan ketika itu kenderaan mulai turun ( Untuk pengetahuan pembaca pada ketika ini Jalan naik sedang di baik pulih dan mengunakan perjalanan jam per jam pada jalan yang sama. seperti dulu-dulu tu..) . Pengayuh terpaksa berhati-hati dan kadang kala berhenti untuk memberi laluan kenderaan seperti bas dan lori. Namun semua pengayuh berjaya dan selamat sampai. Sesampai aja kami dipuncak, Haji Abu dan zan telah membeli Nasi Ayam dan kami hanya perlu 'Bismillah' dan ...........................aje.

Tepat jam 2.00 ptg oleh kerana cuaca semakin mendung, semua pengayuh turun dan ketika di pertengahan perjalanan turun tersebut sebuah kereta memberhentikan keretanya disatu selekoh, ini yang membuatkan hampir terjadikan kemalangan kepada pengayuh. ( Jika Anda yang berkenaan dan anda yg juga membaca blog ini, ingatlah keselamatan orang lain juga berpunca dari anda). Akhirnya semua pengayuh selamat sampai ke Taman Damai.
Hujan lebat sebaik sahaja semua pengayuh sampai kerumah masing-masing. Alhamdulilah


Sebagai orang yang agak matang usiaku 54 tahun.... aku mengajak semua pembaca , mari lah bersukan dan bergembira bersama aktiviti yang berfaedah..... Aku boleh....... koma pun boleh...... teman dah 2 cucu yop..... . Syabas...... En. Alias Omar.......

Syabas dan Tahniah juga unrtuk saudara Hasnizan yang meraikan Hari lahir ke....... di kayuhan ini bersama kekawan. Semoga panjang umur murah rezeki.

Terima kasih Mr. Sabli (SU) yang ikut separuh sebagai Marshall dan tahniah juga buat anda yang menyambut Hari Lahir hari yang sama, semoga panjang umur murah rezeki.


Jumpa di kayuhan yang lain... TQ

3 comments:

Unknown said...

heh heh... dulu teman agaknya paling muda dlm geng kayuh ni. Tapi apakan daya, mahu tidak mahu, dunia tetap berubah dgn pantasnya. nampaknya Geng kayuh termuda dah dirampas dek Syafik. huhu.

Anyway, TQ bery2 much atas wish dr geng kayuh.

Majulah sukan untuk komuniti dan negara!

Mr. T said...

oraiiiittttttt.

Unknown said...

Lupa plak nak ucap SYABBAS MERABETA, mike semua memangnyer handei bebenor. Jangan serik pulak kome. Teman tak sampei lagi kat ateh nu. Target, mesti sampei jugak tu.

KOME SEMEMANGNYA HEBAT!

HIDUP ASCC!