My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Monday, February 9, 2009

SG JANG BERSAMA GENG KAPTEN

Pada pagi ini 7/2/2009 ASCC menerima 3 pengayuh tamu dari Mindef KL yang terdiri dari Kapten Mahazir bersama Kapten Hasniza serta kapten Khaizun. Sebenarnya kami sengaja nak cari trek yang agak mencabar untuk mereka. Pagi ini kayuhan kami ke sungai jang, Kg Paya Dalam, Kubur Cina dan keluar PPRT Ampang Pechah. Jaraknya hanya 25 KM .... Abg sani kata ... no hal tu. Pada kayuhan itu kejaguhan memanjat teruji di bukit ke 5 yang tidak berapa tinggi tetapi panjang dan selepas Kg Asli Sg jang di talian Eletrik yang memanjat lebih 7 bukit lagi, kita akan nampak bukit yang kita akan lalui serta pengayuh yang tertinggal 1km di belakang. Bagi menuruni bukit pula ianya menarik kerana selain dari "downhill' menegak terdapat juga cabaran lain seperti kesan air yang melaluinya serta lopak-lopak yang perlu di elak agar tidak membengkokkan rim basikal. Namun semuanya itu disahut pengayuh ASCC dengan seronok untuk kepuasan kayuhan.

Mr. Presiden bergambar bersama pengayuh ASCC dan Geng Kapten

Kapt. Mahathir sedang bersiap... dan macam biasa bergambo dulu le..

laluan awal yang menarik dan melalui pingir padang golf....

bergambar di pdg golf ................Pasangan sama baya Sani dan lias

Baru depa tau... naik lorong tar pun terok bukan main...............

rehat sat.... tangkap gambak lagi.... yg ni dah lepas sg jang...

pasangan sebaya no hal.... baru lepas bukit kembar 8

ASP Azam cari angin, Kapt. Niza minta ilmu dari tapa... helmi boleh ikut

Kapt. Mahzir & Khaizun(best trek ni).Tak puas lagi kita ikut sungai pulak

air kurang deras tapi perlu kawalan.... kan dah jatuh........

Apa yang penting....... Basuh basikal..........

dan minum pagi di kedai Ismail.

No comments: