Pada Sabtu 14/2/2009 Lalu, Sebagaimana yang dirancang Pengayuh ASCC bersama Pengayuh dari Maktab Polis Diraja Malaysia KKB berbesar hati untuk menyambut serta mengiringi pengayuh Mengelilingi Malaysia yang dalam siri latihan untuk memecahkan rekod Dato' Hassan dalam misi mengelilingi Dunia.
Dari perancangan pengayuh En. Khalid Dan En. Aswad dijangka sampai di Dataran KKB antara jam 1100 pagi hingga 1200 tgh, namun sedia maklum pada hari yang sama kayuhan Le tour de Langkawi pun bermula diBandar Baru Batang Kali ( Liga Mas) yang juga laluan pengayuh kita. Jadi kedua-dua pengayuh hanya tiba jam 2.30 ptg. Dalam penantian kami di Dataran KKB ini kali pertama saya lihat imam dan jamaah memakai seluar ketat dan baju penuh penaja menunaikan solat Zohor.(yang penting kewajipan diutamakan)
ASCC hanya menyediakan jamuan ala kadar sahaja ( Ala Card ......sampai baru order) ... bukan apa....kerana tidak pasti makanan apa yang sesuai untuk mereka..... kami semua kira balun aje...... OK selesai mereka berehat. tepat jam 3.30 ptg Pengayuh ASCC dan MPDRM terus mengiringi mereka berdua sehingga ke Kg Ketoyong (Tg Malim) dan kami berehat sebentar. Kedua pengayuh Khalid dan Aswad kami iringi kayuhan mereka dengan bacaan doa serta ucapan selamat berjaya. Semua pengayuh yang mengiringi kembali semula ke KKB.
Baju pengayuh tertera tujuan kayuhan. Team dari MPDRM KKB
Mie ,sabli & zan di kain rentang menyambut pengayuh mengelilingi M'sia
Tuan Mohamad mengalu ketibaan.
Mr.T berbual dgn. Khalid & Aswad Team ASCC & MPDRM bergambar
Khalid & Aswad di kelilingi pengayuh. En. KHalid
No comments:
Post a Comment