My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Monday, December 22, 2008

LAMA TAK LALU walau kayuh selalu

sALAM...............
sejak akhir-akhir ini , maklumle cuti budak sekolah....... jadi banyak le yang mengadakan atau menghadiri majlis 'berlaga' kenduri kawin daaa...... Pengayuh ASCC juga tidak kurang terlibat dalam acara sebegini. Namun begitu kayuh tetap kayuh..... cuba tak pegi jauh le...... bukan pasai tak larat tapi pasai nak kejar masa nak pegi rumah kenduri dan macam-macam lagi.
Namun begitu kita juga tabik spring kepada geng ASCC yang bercuti bersama keluarga seperti Lias ke Oversea (rahsia................), Azmi, Hasnizan, Helmi , Mustapa juga bercuti jauh dari KKB. elok juga selalu kita aje yang jalan jauh...... elok juga memujuk sikit. Jangan marah......... Sebenarnya kami semua berkayuh juga tetapi tiada gambar yang sempat di rakam, contohnya pada petang 16/12/2008 yang lalu seramai 12 orang pengayuh ASCC mengejutkan laluan pekan rasa dan sekitarnya dengan kayuhan yang paling laju.
Pada 21/12/2008 kegatalan kaki saya sampai tahap kritikal....... untuk mengubat gatal tersebut maka saya dan shafiq berkayuh di trek 2 dalam 1 (Jambatan Gantung). Pada pagi yang menyegarkan ini kayuhan kami banyak terganggu dik laluan yang semak dan terdapat pokok-pokok serta dahan yang menghalangi kayuhan laju kami. Selain dari itu melalui dusun durian yang tiada musim ketika ini seperti dalam belukar le jawapnya. teringat lagu Mr. Os (pelawak awal 80 an ) 'Musim durian baru nampak muka" ini memang kesah benar.

ini le laluan yang semak dan di tutupi ranting kayu
kalau tadi ranting.... ini dahan le pulak

nak tak nak shafiq kena angkat basikal

Mr. T pun pikul le juga

banyak benda tersangkut di basikal shafiq

tu dia pokok pun tumbang......

Itu lah jika laluan dah lama kita tidak lalui. seanika benda ada....... jangan benda yang makan orang menunggu sudah le.......... walau macam mana pun laluan 2 dalam 1 (jambatan Gantung) ini memang best. tak caya mai cuba.........

Ok ASCC ada Ahli yang baru........ laluan pengenalan iaitu bukit Lias di sahut beliau dengan kayuhan yang mantap dan mungkin akan terus menyahut cabaran seterusnya selepas ini

ASP Muhamad Norazam Ahmad Bukhari
telah lengkap peralatan kayuhan

sehingga malam baru selesai kayuhan

Pakar brek. Lias.... memeriksa basikal ahli baru

walaupun dalam suasana gelap... abg sani dan mie pun turut bersama.
KAYUHAN WARISAN........... TAIPING TUNGGU................. KAMI MAI.... KAMI MAI....

No comments: