Selepas seminggu kayuhan Ampang Pechah bersama KLMBH dan P2CC , ASCC menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Namun begitu kayuhan hujung minggu selalunya yang menarik. Maka timbulah idea untuk kayuhan luar KKB, cadangan asal ke FRIM Kepong namun tidak mendapat restu kawan-kawan lain, Akhirnya saudara Azmi mencadangkan ke Sungkai sebagai kayuhan luar .( sebelum ini saya pernah meninjau laluan kayuhan di sana ). Keputusan di bincang selepas isya 6/12/2008 di port ASCC.
Pada 7/12/2008 Ahad jam 0700 pagi. 6 pengayuh ASCC telah berlepas dengan mengunakan Lori kecil ( Adik Ipar Mr. T punya daaa.) berlepas ke Kg Perlok Baru, sungkai . Dalam perjalanan kami singgah di Slim River. Perak ( tapak Tol no 1 di Malaysia-dibina tahun 1968 dan di tutup pada 1990an) untuk sarapan pagi dan kami sampai di kg perlok baru pada jam 08.40 pagi. Sampai sahaja kami terus bersiap untuk berkayuh. Tuan rumah Tuan Haji Bahari bin Yop mengalu-alukan kedatangan kami ( maklum le kawan-kawan menantunya). Kayuhan bermula jam 0915 pagi.

Zan tak puas hati lagi check sekali lagi

Helmi dan Abg Sani.... air 100 plus kena bawa.

gambar semasa lori bergerak dan waja lias jauh di belakang
Helmi dan Abg Sani.... air 100 plus kena bawa.
gambar semasa lori bergerak dan waja lias jauh di belakang
Kita minum dulu..... di tapak tol slim river

Roti canainya sedap........ (Kg aku semuanya sedap & murah )
Roti canainya sedap........ (Kg aku semuanya sedap & murah )
Kira basikal takut cicir...... terutamanya GIANT tu.
laluan di Kg Perlok sungkai.
kayuhan bermula.... dibalik gunung tu negeri pahang
Distinasi kami yang pertama....... Pusat Ternakan Rusa...
Dalam kawasan ternakan rusa.........
mengelilingi kawasan ternakan rusa...... 4 km
siap ada bukit-bukit........ tapi ok aje.....
ketika ini bunyi-bunyi hidupan hutan kedengaran
bunyi ungka dan burung-burung...... best yoooo
berehat sebentar di pusat pameran dan sangkar burung-burung kawalan
Jarak kayuhan dari Kg Perlok Baru (rumah Hj Bahari) ke Pusat ternakan rusa sejauh 9.5 km ( sehingga tempat rehat). Peringkat awal kayuhan kami hanya melalui jalan tar yang cantik tetapi tiada kenderaan , begitu juga semasa di dalam Pusat ternakan rusa....... semuanya bertar ..... cuma ada sedikit bukit dalam kategori "no problem". Untuk pengetahuan pembaca didalam Pusat ternakan Rusa ini terdapat banyak binatang lain seperti Seladang, berpuluh jenis burung yang di lindungi dan binatang liar yang bebas seperti monyet dan ungka. Para pengunjung boleh melawat kesini dengan hanya memeberi tahu pengawal yang bertugas sahaja tanpa bayaran. Kayuhan kami diteruskan dengan melalui Kampung Tradisional Melayu.. Kg Menerang dan kampung Asli Menerang seterusnya melalui kebun getah serta hutan Muda ( disini barulah jumpa laluan tanah sejauh lebih kurang 10 km) Terdapat 2 bukit yang cuba mencabar pengayuh namun bukit ampang Pechah pun kita takluki... inikan pula bukit ini.
Di kampung Orang Asli Menerang
Bergambar di Kem Noor Nikman ( Belakang tu Flying Fox)
Melalui jambatan yang menghubungi Kem Nikman dan Sungai Klah
Pernah Dulu jambatan disini di hanyutkan air pasang besar 1999
Deru angin dan bunyi air terjun kuat didengar
lepas ini bukit yang biasa saja...........
Abg Sani....... tiada masalah langsung
Susunan batu di tengah-tengah sungai
Jambatan yang di lalui
Selepas melalui Kg Asli Menerang pengayuh melalui kebun kelapa sawit, getah dan hutan dara dan disini bukit-bukit yang menanti tersenyum dan melalui "single trek' namun pengayuh telan semua..... walau pun kita dilalui laluan licin dan di penghujung hutan tersebut kita temui pagar besi yang perlu kita membongkokkan badan serta merendahkan basikal sebelum kita melalui sebuah estet kelapa sawit dan sekali lagi pagar besi . Kita akan bertemu Kem Perkemahan Nor Nikman yang menpunyai kelengkapan lengkap untuk program motivasi untuk Universiti, Sekolah, Kakitangan Swasta dan Jabatan Kerajaan.
Rumah Orang asli Tesong.
Kesejukan sungai Tesong yang menyegarkan
Abg Sani.......... dengan gaya orang tak ada masalah
Pertemuan Sungai Tesong dan Sg Sungkai
Hasnizan dengan GIANTnya di Tesong
Azmi............. di jambatan perkemahan tesong
Lias.... tak ada hal..... cuma "dah jadi datuk ni di bodohkan orang aje"
Kumpulan ASCC
Sungai tesong ramai pengunjung di hari cuti
Zan dan lias menikmati kesegaran air sungai
Abg Sani dan Helmi masih berkenalan dengan Pengayuh dari Serendah
Tempat ini sesuai untuk anak-anak.... orang tuan pun boleh
Sesudah kami meninggalkan tesong kami , singgah sebentar di Sg Klah Hot Spring yang ketika itu terdapat ribuan pengunjung, untuk makluman di sini disediakan Kolam air panas yang kolamnya lebih besar dari Padang Bola keranjang dan kolam air gunung yang lebih besar dari padang bola futsal serta sotong besar yang mengandungi gelonsor. Pasti kanak-kanak seronok bermain di sini. Bayaran Masuk RM 8 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak.
Kemudian kami berkayuh ke Felda Sg Klah , melintasi sungai sungkai terus ke Kg Perlok Lama. Di Kayuhan balik ini sepanjang jalan kami melalui Kampung Tradisional , Dusun Durian, Kebun Getah dan sedikit kelapa sawit. Rata-rata kayuhan dibawah pokok dan tidak kena panas walaupun matahari diatas kepala. Sekiranya kayuhan pada musim buah pasti pengayuh terlior kerana kiri kanan laluan banyak dusun durian dan macam-macam buahan. Akhirnya pengayuh sampai kembali ke kampung Perlok Baru. Jarak Kayuhan ini 32 KM sahaja. Sesiapa yang ingin mengadakan kayuhan merehat dan menenangkan Fikiran bolehlah mencuba di kayuhan ini dan seandainya ada yang ingin mengadakan kayuhan berkumpulan . Saya boleh mengaturkan untuk anda. Selamat berkayuh.
No comments:
Post a Comment