Setiap jumaat pengayuh ASCC akan memutuskan kayuhan pagi sabtu ( keesokan harinya ) . Perancangan biasanya di lakukan 2 minggu sebelum hari yang di rancang, namun begitu hanya hari khamis atau jumaat keputusan muktamat.
Ok pada sabtu ini sepatutnya kayuhan pagi ini Rasa ke kerling ( mengikut laluan estet dan berhampiran landasan kereta api 42 km ) namun begitu kerana ramai pengayuh yang mempunyai urusan lain termasuk saya yang terlibat dalam Pertandingan Petanque MRSM KKB tidak dapat hadir, Akhirnya pada pagi Sabtu 15/11/08 seramai 6 pengauh ASCC sepakat merengkoh jalan bukit ke Empangan KKB. walaupun jaraknya dekat tetapi bukit yang panjang membuatkan pengayuh tercabar.........
Kayuhan pagi ini sebenarnya juga meraikan SU ASCC Sabli yang dah lama cuti kayuh kerana bergelumang dengan buku kerana menghadapi peperiksaan akhir di UKM Bangi. Walau pun dah lama tak kayuh dikhabarkan kayuh basikal pagi tu macam pelumba basikal laju dan bersemangat. Pengayuh lain juga macam biasa naik bukit macam kura-kura tapi bila turun , macam hidup ini tiada hutang. lepas saja dah sampai di kaki bukit.
Abg Sani ... tak syok hari ni pasai lias tak ada
Sabli bersemangat........ last peper macam kacang aje.
1 comment:
Lama tak kayuh memang best betui bila dapat turun padang.
Alhamdulillah. UKM tamatlah sudah. Itu sebenarnya yg seronok sgt kayuh tuh. Terima kasih atas sokongan dan doa kawan2.
Tuan moderator (Mr. T) teruskan berkarya. Syabas!
Kawan2 lain, moh kita meriahkan bolg ni!
Post a Comment