My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Sunday, November 16, 2008

pADANG gOLF KE sG jANG 2

Salam...........

Kalau dengar cerita orang.......... memang tak syok......... dah kaki kita pula mengatal dan mengeletar nak melalui trail baru yang di katakan mencabar....... apa pun kebetulan program yang dirancang dibatalkan kerana ajenda masing-masing ( maklum le cuti sekolah...... ada orang kahwin dan yang kena sunat dan ada juga yang nak memujuk.................).

Pada 16/11/2008 Ahad saya bersama Haji Abu, Mustafa dan Azmi bertekat menyahut cabaran kayuhan ini. Jarak kayuhan 28 km tidak menjadi masalah.... yang masalahnya hanyalah 8 bukit tinggi yang perlu di daki serta down hill yang menarik , licin dan berlubang-lubang. Bukit pertama dan ke 2 seperti makan kacang, bila sampai bukit ketiga sudah tinggi ...... panjang berbelok-belok pulak....... kantoi juga saya akhirnya.

Lorong masuk bersebelahan rumah ehsan

di pingiran padang golf kkb
Haji Abu dilaluan bukit pertama

Tapa...... di bukit ke 2

Di Hujung bukit ke 3.....masa ni trek dah mendatar

habis jalan tar di sambung jalan tanah yang licin

sudah le licin ... tinggi pulak bukit ke 4

penuh dengan laluan air.....

gambaran di tengah perjalanan

projek kecilan..... tarik nafas

ini baru bukit yang ke 5

kiri kanan hutan yang agak tebal

dah tak larat ..... tolak aje le

aku pun ...................... habis 100 plus sebotol

Haji abu dah Tahu Trail ini.....................

Tapa...... ok aje. Aku............ betul le kata Abg Sani

Mie ....... jaguh on the road...... kantoi.....

di tengah bukit - rehat di pertengahan jalan

kena lepasi kawat berduri

apa lagi basikal pun kena angkat

takut basikal lepas ... baju pulak sangkut

kesan tapak kaki lembu pun licin

curam dan licin...... harapan makan tanah ....70%
Tanah runtuh....... yang membahayakan lebih berhati-hati..............

Mie jalankan siasatan.... tanah runtuh

isyarat awal perlu kepada pengayuh yang lain

tapa kata.... kalau jatuh..... Innalillah.......

ini rupanya & cabaran berterusan

Haji cerita .... tapa "in stun show"

Mr. T merakam gambar ... tapa tarik nafas


sampai di sungai jang ........... tayar basikal.... penuh tanah

Mie kata baru le .... basikal lasak

Santa Cruzz.........tidak mampu menepis selut tanah.

Rupa tayar yang tiada jual di kedai....
Dalam kayuhan ini terdapat 7 bukit yang perlu di daki......... datarnya sikit aje.... kecuali di jalan raya TM-KKB ...... kami hanya berehat seketika di pertenggahan kayuhan.... kemudian menuruni bukit yang curam dan licin. Di situ terdapat kesan tapak kaki lembu .... saya temui kesan kaki lembu yang tergelincir....... pasti kerana licin . Terdapat juga laluan yang berlubang dan beralur-alur akibat hakisan air. Pendek cerita laluan ini mencabar dan pasti ada yang memikirkan untuk kayuhan masa akan datang.

No comments: