My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Monday, September 22, 2008

BUBUR LAMBUK AS SAKINAH CYCLING CLUB

Alhamdulillah........ Sudah pertengahan remadan kita lalui.

ASCC tetap dengan aktiviti kayuhan namun begitu pada 17/9/2008 yang lalu semperna cuti Nuzul Quran ( Selangor dan bebarapa negeri lain juga cuti ) ASCC dengan kerjasama Pengerusi dan AJK Surau As Sakinah Taman Damai Utama mengadakan Gotong Royong memasak bubur lambuk, Lebih kurang sama dari segi rasa dan rupa dengan Kg Baru KL punya tu.
Program ini diketuai oleh Presiden ASCC dan Pengerusi Surau, manakala pula Chef Maskamal sebagai Ketua Tukang Masak . aktiviti dimulakan pada jam 2.30 petang dengan menyiang bawang dan lain-lain bahan.

Tuan Haji Naini memulakan hirisan bawang

Mauli meleleh sedih kena sumpahan bawang

Tuan Hamzah pakar hancurkan daging

Tapa baju biru, Md Dosah berdiri & Mr T bertopi

Tuan Haji Ahmad turunkan petua pada mauli

Sabli dan lain buat persediaan bersama Amin dll

Hasnizan memulakan kayuhan diperhatikan oleh Chef Maskamal

Sabli tak payah tiup-tiup, Mr Azmi jurufoto

Kalau nak sedap pakai pelepah kelapa... kalau tak caya tanya saya
Tok Siak Hj Rasyid mengacau bubur lambuk
Hasnizan menuang bubur sambil bertasbih

Ni untuk more mlm nanti..... Maskamal
Mauli beraksi dengan kayuhan dalam periok
Mr. T pun nak juga......

Tok Pengerusi surau mengacau diperhatikan anak-anak buah
Ni dia Chef kita .... Maskamal......Resepi Jawa
Presiden ASCC pun turut kayuh......
Tuan Imam... Ustaz Bakri juga turut serta
Stiker yang ditampal di bekas bubur untuk semua penduduk

Lf. Kol. Muhamad menyampaikan bubur kepada wakil penduduk

Hampir 200 bekas bubur untuk diedar penduduk Tmn. Damai
Tujuan dan maksud ASCC tercapai dan berjaya alhamdulillah, Semua penduduk Taman Damai Utama. KKB dapat merasa apabila bebarapa pengayuh ASCC menghantar dari rumah ke rumah.
Program yang baik ini insyallah akan diteruskan dari masa kemasa. .Untuk makluman program bubur lambuk ini hasil dari sumbangan Ahli dan pengayuh ASCC. mungkin dimasa akan datang ada hamba allah yang lain ingin membuat sumbangan

No comments: