Pagi Sabtu 16/8/2008 ramai pengayuh ASCC yang menpunyai ajenda-ajenda masing-masing. Maklum le musim cuti sekolah baru bermula. Hanya Md Dosah, Mauli , Mustafa dan Adik shafiq saja yang berkayuh 2 dalam 1 - Jambatan Gantong (Bukit Durian) - Kubur cina.
Ahad 17/8/2008 Agaknya ramai ahli ASCC meraikan orang kahwin bersama sanak saudara di Kg masing-masing .... agaknya. Hanya 6 orang pengayuh yang terdiri 3 pengayuh tetap ASCC 3 pengayuh tamu yang melapurkan diri jam 7.30 pagi. Trek hari ini agak mencabar dan belum pernah menembusi keseluruhan trek tersebut oleh pengayuh ASCC. 2 bulan lalu saya dan Tuan Haji Abu pernah melalui trek ini tetapi separuh perjalanan sahaja.
Berbekal keinginan menawan trek ini maka pagi ini Saya bersama Haji Abu, Saudara Jamil, Adik Syafiq, Tajul dan Osama memulakan kayuhan ke Padang Golf KKB dan terus ke Sinar Harapan. Dipersimpangan bukit benggali belok menaiki bukit ke kanan dan sebelum pagar bukit tersebut masuk lorong disebelah kiri, maka bermulalah laluan sukar yang berbukit dan laluan yang kecil.
Saudara Jamil bersedia menyahut cabaran
Tajul dan Osama di kaki Bukit Benggali
Laluan sukar berbatu dan kecil
licin kerana banyak daun kering
jurang di sebelah kiri laluan
Pendakian tetap dengan kayuhan...jamil
Di satu selekoh yang curam di sebelahnya
pengayuh diminta berhati-hati
berehat sesudah bukit ditawan... perjalanan jauh lagi
Gambaran dari pertengahan bukit menghala KKB
Jalan Bercabang....
Tajul di pinggir kebun getah
Nyamuk banyak itu bukan masalah .. nama pun kebun getah
Jamil membelakangi kemera naik bukit
Tinggi sangat... tolak basikal juga.... aku....
Hj Abu ... kita dah silap jalan .. jom cari jalan lain
Mr. T... ni...terus ke kiri...... aku rasa le terus aje....
Selepas mendaki bukit yang menegak , berliku-liku dan ditakutkan dengan curam yang dalam kami melepasi rintangan tersebut. Kami mula memasuki Ladang getah dan pada mulanya tidak jumpa jalan dan penoreh getah yang di tanya katanya tak ada jalan pergi Paya Dalam. Kami tidak kecewa, Hj Abu cuba mencari jalan sendiri. Akhirnya kami sepakat mencuba laluan lain dan ketika itulah terjadinya sejarah kayuhan saya dan jamil.
Laluan yang dilalui begitu curam dan hanya di atur batu-bata pasir sebagai jalan. Saya begitu berhati-hati semasa membrek , namun tayar belakang beria-ia nak potong tayar hadapan, walau pun dikawal ianya tetap nak memotong dan akhirnya saya terpelanting dan terguling 3 pusingan serta di hempap basikal 2 kali ( Alhamdulilah saya memakai topi keselamatan ) . Saya terlentang dan merasakan kesakitan yang amat sangat di kaki kanan ( risau juga patak ke ? ). Jamil datang menolong dan sekali lagi saya bersyukur saya hanya luka sedikit sahaja. Moral dalam kisah benar ini ialah 'Tayar belakang tetap tayar belakang, jangan cuba nak jadi tayar depan kecuali buka dulu'
tempat kecundangnya pendahulu kayuhan
kesan brek yang menjadi punca makan tanah
ini lah keadaanya Mr. T ....... kecundang
tapi tak mengaku kalah..... sebenarnya sakit tu...
Alhamdulilah... hanya pakaian kotor dan luka sikit.
Selepas kejadian itu, laluan itu dikatakan merbahaya dan rupanya ada hikmah dari kecundangnya saya tadi dan akhirnya menemukan jalan yang dicari apabila bertemu sebuah pondok durian....... Jamil mencari jalan untuk kepondok tersebut........ namun Allah punya kuasa , jamil juga kecundang sujud ke bumi .............. dengan bertemankan bunyi 'bedebuk' yang kuat le juga . Hj Abu berlari melihat keadaan . Jamil bangun dan terlihat warna merah yang mewarnai tulang ketingnya....... Ahhhhhh jamil luka dan berdarah. Hj Abu memberikan rawatan kecemasan dan kami meneruskan kayuhan 10 minit selepas itu.
Jamil mencuba jalan lain sebelum kecundang
Akhirnya jamil juga kecundang.........bunyi kuat juga
Ingatkan sikit aje....
luka yang agak dalam
Haji Abu memberi rawatan kecemasan
Anak sungai di bawah bukit
Syafiq bertenang aje....... lega jumpa jalan keluar
Anak sungai ke 2.........
laluan seterusnya ...tajul ............ lega
Osama basikal biasa aje....... lepas juga
Sorakkan gembira kedengaran apabila terlihat surau Kg Paya Dalam. Kami semua lega akhirnya berjaya menakluki bukit ini seterusnya tembus Kg Paya Dalam. Dalam keseronokan itu, Kami meneruskan kayuhan dengan melalui jalan Besar KKB -Rasa dan memasuki laluan Bukit Durian ( Jambatan Gantung ). Sejarah sekali lagi tercipta dengan patahnya Pedal ( Pengayuh ) basikal saya , nak kata apa tengah-tengah bukit pulak tu, jawabnya tolak aje..... selepas di baiki saya cuba juga mengayuh. walau pun sukar tapi OK ............baru ada cabaran.
Ditengah bukit ini pedal patah
haaa ini dia pedal ........... jangan tak percaya
bukit ini tinggi dan memanjang
Ditengah bukit ini pedal patah
haaa ini dia pedal ........... jangan tak percaya
bukit ini tinggi dan memanjang
Rehat di tempat biasa
Jamil pertama kali melalui trek ini
Laluan turun untuk memasuki Dusun durian
laluan terbalik ini tidak teruk...... OK aje
Hasil dari pendapat Saudara Jamil........... ia menyatakan Trek Paya dalam ini memang best, mencabar dan menyeronokan. Kepada pembaca sekelian.......... apa lagi mari lah cuba..... tak ada hal punya........... yang jatuh tu mungkin saya dan jamil silap percaturan. Adik-adik kita pun nampak seronok pada pagi itu.
OK Kita sambung lagi................. di kayuhan lain . TQ
laluan terbalik ini tidak teruk...... OK aje
Hasil dari pendapat Saudara Jamil........... ia menyatakan Trek Paya dalam ini memang best, mencabar dan menyeronokan. Kepada pembaca sekelian.......... apa lagi mari lah cuba..... tak ada hal punya........... yang jatuh tu mungkin saya dan jamil silap percaturan. Adik-adik kita pun nampak seronok pada pagi itu.
OK Kita sambung lagi................. di kayuhan lain . TQ
2 comments:
Haiii... bulan pose dah dekat. Masalah negara tak habis2x (alasan tak join kayuhhh hehe).
Yg sebenornya, teman mmg agak sibuk semenjak 2 menjak nih. Maklumle... student tua lah katakan... Dapat assignment, tarus kena excuse aktiviti lain.
Takpe, sahabat2 ASCC teruskan kayuhan. Teman follow belakang...
Bulan posa bukan alasan bro........ kita kayuh juga jam 6.30 ptg.
Post a Comment