Salam.....................
Saya rasa terpukul dan rasa tertipu bila kawan-kawan ASCC menceritakan apa yang berlaku semasa MERDEKA RIDE ( Kayuhan Merdeka )Peringkat Hulu Selangor. Sayangnya hari tu saya tidak dapat mengikutinya kerana ada urusan negara. Dari cerita kawan-kawan ini lah saya sangat teruja untuk mengulas beerkaitan perkara ini. Kalau Pihak berkenaan baca lagi baik dan kalau kawan-kawan penganjur baca tolong le ceritakan kepada penganjur.
1. Pertama
Sebagai penganjur, perkara pertama yang perlu diambil kira ialah Tajuk atau tujuan sebarang aktiviti yang di adakan. Seandainya nama MERDEKA di gunakan untuk tujuan ini. bermakna penganjur terdiri mereka yang tidak perihatin atau peka kepada MERDEKA itu sendiri, maksud merdeka itu sendiri membawa maksud kebebasan............. , rupa-rupa penganjur tidak merdekakan diri mereka. Tujuan penganjuran baik tetapi pelaksanaan hancur.
2. Kedua.
Aktiviti begini sepatutnya disusunatur dengan baik dan teliti ( walau pun bukan program merdeka ). Jangan memandang mudah dalam perkara begini, tambahan penganjur membawa nama besar , nama jabatan kerajaan yang gah, hebat dan bersejarah ( satu negara dah kenal jabatan ini) . Saya pun bukan pakar tetapi biasa terlibat dalam banyak penganjuran terutamanya sukan peringkat negeri (bukan Selangor). Setiap acara yang dianjurkan bermula dengan mengenali tempat berlakunya acara tersebut ( dalam acara ini trek atau route -laluan kayuhan ). kita kena mengambil tahu sebarang kemungkinan dan membuat persediaan. Sebagai penganjur kena menyediakan.....
2.1. Bantuan kecemasan ( kemalangan )
2.2. Marshall/penunjuk arah (stiker pun cukup)
2.3. penyedian minuman/ point rehat
2.4. Bantuan jika berlaku kerosakan/peralatan
Apa yang berlaku dalam penganjuran lepas kesemua diatas tidak disediakan dan dalam kayuhan ini berlaku beberapa kemalangan yang membawa kepada kecederaan dan pengsan, pengajur/marshall tiada di laluan tersebut. Begitu juga tedapat pengayuh yang pancit basikalnya juga tiada penganjur/marshall membantu, sebaliknya pengayuh ASCC juga yangmemberikan bantuan.

3. Masa itu Emas
ASCC diberi tahu pengayuh perlu ada distadium Malinium jam 7.00 pagi. Maka pengayuh-pengayuh ASCC yang kebanyakannya katagori veteran mematuhinya dan tepat jam 7 pagi dah terpacak di stadium tapi apa yang ada hanya abang pengawal dan pokok serta bangunan , mana penganjur yang mengatakan jam 7 pagi . Akhirnya dikhabarkan jam 8 baru mula sampai dan hanya bermula hampir jam 9.00 pagi . Apa dah jadi.
4. Lumba atau kayuhan merdeka.
Saya di fahamkan apabila kayuhan bermula semua pengayuh mula menunjukan kejaguhan masing-masing dan tidak nampak acara yang di anjur ini adalah kayuhan merdeka. Tiada Bendera Malaysia yang di bekalkan , cuma tangkap gambar ramai-ramai dan dilepaskan oleh pelepas yang mungkin di jemput saat akhir dan tangkap gambar dengan HP nya saja. Pengayuh diarah mengikut arah pengayuh yang dihadapan tuju. Pengayuh hadapan pula bagaikan berlumba langsung tidak tunggu orang belakang. Mereka lupa tujuan asalnya , Pengayuh ASCC sangup meninggalkan gotong royong surau semata-mata untuk turut serta dalam kayuhan ini yang bermotifkan perasaan menyambut kemerdekaan negara. Pengayuh ASCC beranggapan kayuhan ini adalah penyatuan dan semangat merdeka , berkayuh juga dalam satu kumpulan besar yang mengambarkan penyatuan yang membentuk satu kesepakatan dan 'seronok sama seronok, berat sama pikul, ringan sama dijingjing' . Apa yang terjadi jauh dari semangat merdeka. 'lu punya suka, lu sakit lu punya pasai dan lu susah bukan urusan wa' . Bak kata sahabat saya "Kalau nak lumba cakap nak lumba. ASCC no hal"
5. Taklimat
Banyak acara yang yang saya turut serta, taklimat perlu di buat, menerangkan keadaan laluan, keselamatan, jika perlukan bantuan dan jarak kayuhan yang akan ditempuhi. Penganjur jangan pakai ingat sahaja , Sememangnya semua yang hadir adalah pengayuh basikal yang aktif tetapi mereka ini juga perlu tahu keadaan laluan, muka buminya, rintangan dan cara mana nak dapat bantuan. Paling tidak pun pengajur buatlah secebis kertas , lakarkan sedikit laluan kayuhan.
6. Tahukah penganjur ?
6.1. Berapa ramai yang jatuh pada pagi itu ?
6.2. Berapa ramaikah yang cedera ?
6.3. Ada pengayuh yg pengsan ?
Basikal kawan lain pancit........menjadi tangungjawab bersama
kawan-kawan pengsan.... juga tanggung jawab bersama juga
7. Untuk ingatan kita semua
Dimasa akan datang penganjur , fikirlah dahulu apa yang hendak di buat, Semangat merdeka hilang tunjuk hero pula yang muncul dan di fahamkan salah seorang yang 'berlumba' di hadapan adalah AJK penganjur. Untuk kayuhan biasa atau setiap hari terpulang le pada individu nak laju atau berkumpulan tetapi program kita pagi itu ialah Kayuhan Merdeka. Pengayuh-pengayuh bukan mahukan baju T atau bendera Jalur Gemilang. Cuma bagi tahu tujuan pun kita dah tahu perlu adanya bendera itu pun penganjur tidak boleh sediakan. Baju T tu tidak wajib pengajur sediakan, tapi tidak salah jika sebuah jabatan yang besar menyediakannya itupun kalau ada bajet .
Walau pun tak ramai yang menyertai tak ada hal, bukankah cantik jika acara ini diatur dengan baik dan jalinkan semangat kemerdekaan ini dengan kayuhan berkumpulan , pengayuh bercampur gaul ( tidak haram pasai semua jantan ) dan akhir kayuhan , sesama pengayuh melaungkan 'merdeka' bagi meraikan Ulang tahun tahun kemerdekaan Malaysia ke 51 dan kejayaan menjayakan misi kayuhan merdeka peringkat Hulu Selangor.
2 comments:
Hidup ASCC! Hidup semangat berpasukan! Hentikan buat keje halai balai!
Merdeka!
Yang tak tahu, kita bagi tahu
kalau buat buat tahu itu le jadinya.
ASCC insyaallah 'we can talk and can do'
Post a Comment