Ketika semua orang sebuk nak berkayuh, jambori sana sini, kayuhan sana sini dan terkini sukan Berbasikal ini begitu mendapat tempat yang meluas di hati rakyat Malaysia. Semua dah nak kayuh tak kira le MTB atau Road Bike, dalam keseronokan itu ramai yang lupa pasai keselamatan diri semasa berkayuh. Kita tidak meminta musibah tetapi kekadang ianya terjadi tanpa di duga. Yang sakit menangung saja, yang sihat tak kan nak lihat aje..... kalau kena di tengah hutan.... nak tunggu Doktor atau ambulan.... lambat le....yang luka di kerumuni lalat serta dijangkiti kuman, yang patah terus pensan dan silap-silap gaya yang semput boleh piiii dulu. disini saya perturunkan sedikit petua perubatan sebagai langkah pertama seandainya terjadinya kemalangan kepada pengayuh.
LUKA DAN PENDARAHAN
Klasifikasi Pendarahan:
Pendarahan Luaran (External)
Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit
Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar
memancut mengikut denyutan jantung.
Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar
perlahan-lahan.
Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.
BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERTUTUP
• Berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit.
• Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalam seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.
LUKA TERBUKA
Untuk luka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2C iaitu:-
Klasifikasi Pendarahan:
Pendarahan Luaran (External)
Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit
Pendarahan Arteri
Darah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar
memancut mengikut denyutan jantung.
Pendarahan Vena
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar
perlahan-lahan.
Pendarahan Kapilari
Darahnya keluar secara meleleh.
BANTUAN KECEMASAN
LUKA TERTUTUP
• Berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit.
• Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalam seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.
LUKA TERBUKA
Untuk luka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2C iaitu:-
CLEAN (BERSIHKAN)-Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.
COVER (TUTUP)-Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.
Luka yang banyak pendarahan guna kaedah
D – Direct ( tekanan langsung )
I – Indirect ( Tekanan x Langsung )
E – Elevate ( Tinggikan
Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera
COVER (TUTUP)-Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.
Luka yang banyak pendarahan guna kaedah
D – Direct ( tekanan langsung )
I – Indirect ( Tekanan x Langsung )
E – Elevate ( Tinggikan
Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera
PATAH
SEBAB-SEBAB PATAH
-KEMALANGAN/KECEDERAAN
-PENYAKIT
-TARIKAN OTOT
-USIA
BAHAGIAN PATAH
PATAH TERBUKA-Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan menyebabkan luka dan pendarahan.
PATAH TERTUTUP-Tulang yang patah tidak keluar dan boleh menyebabkan pendarahan dalaman
Bantuan kecemasan
Tindakan utama
D - Don’t move
R - Rest
I - Immbolize
(TUAP & ANDUH)
Tanda-tanda patah
-Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan.
-Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.
-Tidak dapat mengawal kencing dan berak.
-Sesak nafas dan sakit di bahagian dada.
-Tidak sedarkan diri.
Kecederaan Sendi & Otot
jenis kecederaan sendi dan otot
Terkehel (dislocation)
Terseliuh (Sprain)
Kekejangan (Cramp)
Keregangan (Strain)
Rawatan
R - Rest – rehatkan mangsa
I - Ice – tuaman ais
C - Compression –balutan tekanan
E - Elevate – tinggikan anggota yang cedera
Tindakan untuk kekejangan otot
Rehatkan mangsa
Beri tuaman sejuk pada bahagian tersebut.
Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan-lahan.
Apa pun semua itu hanya untuk sementara..... langkah pertama sementara yang lebih pakar tiba... jika tak tahu jangan nak buat pasai... nanti yang tak patah jadi patah.... yang belum nak mati ...terus mati...... yang paling baik buat sekadar yang anda tahu dan seandainya patah jangan gerakkan........ Bawa ke Doktor secepat mungkin adalah yang terbaik. Nota di atas berdasarkan dari Kursus Pertolongan Cemas di KKB tahun lepas Oleh En. Azlan Muhamad -Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia- Terima kasih En. Azlan
No comments:
Post a Comment