salam
09/01/2010 Kayuhan di teruskan. Kayuhan pagi ini agak menarik kerana jarak kayuhan yang agak jauh jika di kira pergi balik 120 km dan kehadiran Teman kayuhan yang baru. Kayuhan Ke Kg Soeharto atau dalam bahasa Sangskritnya Felda Sg Dusun...Nama felda ini di ambil semperna lawatan bekas Presiden Indonesia pada tahun 70an ( itu le sebabnya ramai geng indo... menuntut kg itu sebagai kg diorang.....jangan percaya tau). Untuk berkayuh di laluan ini tiada masalah kerana ianya jalanraya yang menghubungkan Tg Malim dan Sungai Besar (Sabak bernam). Dalam kes ini....... Pengayuh ASCC berkayuh dari KKB dan berehat sebentar serta bergabung dengan geng dari Tg Malim di Hadapan Universiti Sultan Idris (UPSI) . Kayuhan di teruskan jam 08.45 pagi. seramai 12 orang pengayuh melalui Cangkat Asa Esttet, Sungai Selisik, Felda Gedangsa dan sampai ke Felda Soeharto jam 11.00 pagi. Pak Chat dan Cucunya bertindak sebagai marshall yang "tetap dan sudah berpencen".
Dikayuhan ini juga ASCC menerima sahabat kayuhan yang ingin turut serta berkayuh...... Saudara Nazit atau Cekgu Nazit berasal dari kedah dan kini mengajar di sek. Keb. Hulu Yam yang berusaha mencari sahabat pengayuh, terima kasih kerana menghubungi Mr. T. Bagi kami di ASCC tidak mengira sesiapa sahaja yang ingin berkayuh bersama kami di persilakan... orang kampung saya kata"No Hal....come joint ".
Mr. T bersama Cekgu Nazit dan gambar di sebelah tu di depan UPSI.
My Album
KAYUHAN KAMI MINGGU INI
SENDIRI-SENDIRI....
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment