My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Wednesday, December 30, 2009

MooNSoN RIDE PENUTUP 2009



As Sakinah Cycling Club tetap hadir menyahut cabaran Pahang.
Team ASCC yang di ketuai oleh Tuan Haji Abu Hassan Ashaari bersama 11 peserta yang lain. Perancangan asalnya 14 peserta akan turut serta tetapi 2 lagi ada tugas-tugas lain yang lebih penting demi negara. Peserta berlepas dari Port ASCC diTDU tepat jam 1230 tgh 26/12/2009 dengan memuatkan 11 buah basikal di Lori pikcup. Sejak memasuki sempadan negeri Pahang hujan mula membasahi bumi tok jangut ini (untuk pengetahuan pembaca sempadan Selangor dengan pahang bagi laluan kami hanyalah di Genting Highland). Pengayuh ASCC sudah pasti akan berkayuh dalam lumpur dan hujan. Sesampai sahaja di Agro resort Semuji dan melihat sekitarnya dah terbayang keseronokan kayuhan esok paginya. walau apa pun jua , kayuhan esok akan tetap kami teruskan mengambil semangat Tok Jangut .


Pickup yg sarat sebelum bertolak. selepas tol Seri & selepas terima pendaftaran/ goodies

Motorcros yg menghancurkan trek-makan malam di gambang & serapan pagi sebelum kayuh

bersama adik-adik Alor Setar Kedah( Hijau) dan bergambar bersama YB Dato'

lambat sangat nak mula........ bergambar bersama adik-adik A/setar & team ECC melaka

Jurugambar Azmi dan Abg sani. Reme dan Hj Naza dari batang kali. ECC spray elak pacat

Helmi dah tak sabo...... Mr. T menunjukan gel penambah tenaga batin...Opss... Geng ASCC

Kayuhan pagi ini dimulai satu pusingan Semuji ARGO resorts dengan YB Dato' Exco Pelancongan Negeri Pahang turut sama berkayuh dan kayuhan bermula dengan laluan sebagaimana yang di duga. Pada peringkat awal dah mula jem dan laluan yang sangat becak sehinggalah keakhir kayuhan. Kayuhan yang menepati tajuk ini dikirakan oklah tetapi yang menjadi rungutan pengayuh ialah terlalu banyak laluan yang berair, Sungai yang perlu di seberangi 4 dan 2 kawasan paya serta jalan becak yang teruk lebih kurang separuh dari jarak kayuhan. Sememangnya dah adat le kayuh Mountain Bike tolak basikal, jatuh dan laluan sukar. Di kayuhan ini laluan banyak yang baru di buat , tungul kayu yang tajam banyak yang memancitkan tayar basikal dan dengarnya ramai yang putus rantai disamping ramai yang makan tanah dan lumpur.


Abg Sani betapa dulu..... lepaskan penat dengan puteri bunian & di antara sungai yang dilalui

Azmi, abg Sani dan Yop lias bergambar bersama Dato'. Dapat seekar tanah dah le tok.....yop lias


Laluan yang di sediakan bukannya tidak baik, tetapi kerana cuaca sebelum dan semasa kayuhan membuatkan menjadi begitu, namun begitu pada pandangan mata saya laluan tersebut menjadi rosak teruk (becak dan lain-lain) kerana di lanyak oleh motocros yang bertindak sebagai marshall sehari sebelum kayuhan. 6 buah motocros telah melaluinya sewaktu hujan pada sebelah petang 26/12/2009 . Sepatutnya marshall tidak melaluinya hari tersebut tetapi 2 atau 3 hari atau seminggu sebelum itu.

Team ASCC selamat sampai pada masa yang dijangka tanpa masalah besar, cuba 2 pengayuh yang rantai basikalnya putus dan jatuh ala stuntmen. Walaupun keletihan nampak semuanya seronok menghabiskan kayuhan. Dalam pada itu keputusan ASCC berkayuh di Gambang ini nampaknya tepat kerana sebelum ini pada tarikh yang sama tahun lepas team ASCC ke Taiping- Dengar dan terbaca di blog-blog kekawan yang ke taiping..... ramai yang mengeluh.... saya tak pergi no komen..... terasa juga leganya tak pergi taiping.

1 comment:

Angah said...

Terima kasih atas komen yang membina..

Trek tu memang diakui sangat la lecak dan berlumpur, hujan lebat hampir setiap hari sejak seminggu sblm ride.

InsyaAllah untuk ride akan datang, trek yang lebih baik akan dibuat.

Jemput ke Sungai Lembing Mountainbike Challenge 2010 pada 19-21 Mac. Hadiah keseluruhan RM17 ribu untuk dimenangi.