SElamat datang ke Kuala Kubu Bharu. itu yang dapat ASCC ucapkan kepada semua pengayuh yang datang dan menyertai "Raja Bukit Selangor". Wow.... nama kayuhan....hebat...... Disini ASCC bagi tahu awal-awal lagi yang dalam kayuhan ini ASCC TIDAK TERLIBAT LANGSUNG WALAUPUN SEKUMIT DALAM PENGANJURAN INI.
Namun begitu ASCC tetap menyertainya sebagai menyokong aktiviti sukan berbasikal ini tambahan di buat dimana ASCC bertapak. ASCC menghantar 20 penyertaan kayuhan ini. disamping sahabat-sahabat ASCC dari luar termasuk EEC dari Melaka. Sebenarnya ASCC juga berbangga bila KKB di jadikan tempat kayuhan. Penyertaan lebih 200 orang dan hampir separuh darinya pelancung dari Singapura, bagus le boleh tarik pelancung.
Yang Menariknya pagi-pagi lagi dah dengar rungutan. Pendaftaran dibuat jam 7 pagi ketika itu semua pengayuh sepatutnya bersiap sedia dengan basikal tetapi terpaksa tercari-cari dan beratur untuk mendaftar. Bagi mereka yang biasa berkayuh dalam sesuatu anjuran kebiasaannya pendaftaran di buat sehari sebelum dan kuanter pendaftaran dibuka bagi mereka yang tak sempat mengambil hari sebelumnya ( jumlah di pendaftaran pada pagi tersebut dapat di kurangkan ). Saya tidak berniat untuk terus menerus mengomen penganjuran ini tetapi ini hakikatnya. Setibanya team ASCC di Dewan Merdeka.... dah dengar rungutan........... nak mula kayuhan........ dengar rungutan.............. tengah kayuh ............dengar rungutan..............nak habiskan kayuhan ........lagi rungutan........ penyampaian hadiah lagi banyak rungutan. Dalam hati nasib baik ASCC tak terlibat. kepada MDHS jangan terasa kerana ASCC ramai teman-teman dari luar KKB yang kayuh pada hari tersebut dan kami sendiri juga lihat dengan mata kepala sendiri. Sedar atau tidak MDHS, ASCC telah dan turut membantu, tak perlu dinyatakan tanya sahaja pengayuh-pengayuh dibelakang. ketika itu semua marshall MDHS sebuk berkejar di garisan penamat sampai tiada seorang pun yang mengikuti pengayuh di belakang, Kayuhan dibuat dan melalui jalanraya yang sebuk dan banyak lori besar, cuba bayangkan seandainya berlaku kemalangan atau kecederaan, mana penyelamatnya, mana marshallnya. Shukurlah pada hari tersebut tiada apa yang berlaku.
ASCC tetap mengalu-alukan kedatangan pengayuh luar , keadaan sekitar pendaftaran
Presiden dengan no keramatnya, Yop lias dan Hj Abu bersama C/Insp. Rina dari Shah Alam
Kenalan ASCC dari luar dan Mr. T dengan geng EEC Melaka, Hj Abu menguruskan pendaftaran
YDP Tuan Tukiman, KPD Supt. Noreal & VIP lain sebelum pelepasan , Tarian pembuka jalan
Taklimat keselamatan dan Bacaan Doa oleh Sub Insp Zakaria dari Caw. Trafik IPD Hulu sel.
Peserta yang dah tak sabar nak kayuh........... Mie pulak.. aku nak duduk depan sekali
Pelepasan oleh Pegawai Pelancungan Negeri. Anggota Polis Trafik H/Sel. yang membantu
Helmi,Afiq dan Md Dosah tiada hal dengan laluan ini begitu juga dengan jamil, hj abu dan yg lain
Semua pengayuh ascc tiba dengan selamat tanpa potong memotong. Jamilul "u.. a the best"
Bersama team EEC melaka yg rakul 6 keatas..Hj Bahari & kawan. Jamilul bersama mustapha
Md Dosah. Afiq, Tajul dan Sabli dengan gaya jaguh. Ada kekecohan ke ? tanya jamilul
Md Dosah. Afiq, Tajul dan Sabli dengan gaya jaguh. Ada kekecohan ke ? tanya jamilul
Yop lias ...saja tambah tenaga... kuat lagi tu... Jamilpun tekejut , apek luruh rambutnya
Mie masih bertenang walau penganjut potong stem.. afiq luahkan perasaan. Helmi... jom blah
Mengikut borang penyertaan jangkamasa setiap pelumba perlu menyelesaikan kayuhan pada jam 11.30 pagi. tetapi sebelum jam tersebut usahkan pintu gerbang......... seorang pun urusetia dah tiada..... semuanya sebuk di tempat penyampaian hadiah. Kalau dah dinyatakan 11.30 pagi tunggulah.........atau check dulu ada pengayuh di belakang atau tidak. Pengayuh terakhir sampai di garisan penamat yang saya catatkan pada jam 11.15 pagi dari Shah Alam. Apa lagi nak saya nyatakan......... sebagai pengayuh basikal dan penduduk Hulu Selangor merasa kecewa dalam keadaan sedemikian bak kata pepatah " cubit peha kiri peha kanan terasa juga".
Dibawah ini sedikit ingatan untuk geng ASCC dan diri saya sendiri jika nak menganjurkan, Insyallah cuba jangan sekadar melepaskan batuk di tangga...... atau untuk mencari keuntungan sahaja tanpa mengambil kira penganjuran untuk pengayuh. Jadikan kekurangan penganjuran MDHS ini sebagai pengajaran, terutama kegagalan beberapa perkara seperti dibawah :
1. Pendaftaran awal sehari
2. Tanda arah tempat pendaftaran dan pengambilan goodies
3. Tiada Marshall bagi peserta terakhir
4. Sepatutnya mengadakan pelepasan di Stadium mini - kerana ianya lebih sesuai, kerana
adanya pertunjukan motosikal dan tarian ( hari tu hanya tontonan VIP dan pengayuh didepan
sahaja ) sepatutnya pengayuh di letakan di trek berhampiran masjid dan pertunjukan di trek
di depan stadium- semua nampak pertunjukan tersebut.
5. Pertunjukan motosikal yang membahayakan pengayuh basikal.
6. Tiada Check point dan minuman
7. Tiadanya marshal yang berulang alik ( hingga pengayuh terakhir)
8. Hakim atau juri kemenangan mengikut ketagori A, B, C, D & MTB
9. Pastikan yang sepatutnya menang tetap menang
10. Tempat penutup dan penyampaian hadiah yang tidak sesuai... kenderaan lalu-lalang
11. Mungkin ramai tak perasan.... yang pastinya ramai juga yang perasan "moke Check" untuk
Marcy tanpa jumlah............? ( sayang gambar yang ini tak menjadi)
Apa pun saya mendoakan kepada sesiapa yang hendak menganjur agar tidak lupa perkara-perkara begini. kita sebagai manusia selalunya nampak salah orang lain, tetapi kalau kesalahan tu terlalu banyak , takkan nak tutup dengan daun pisang..... terima lah hakikatnya. Kepada yang terasa minta maaf sekali lagi. Kepada pengayuh luar dari KKB ASCC memohon maaf je dan terima kasih datang ke kkb.
No comments:
Post a Comment