My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Tuesday, September 15, 2009

KAYUH BUBUR LAMBUK

Salam.
Pada 12/9/2009 Sabtu yang lalu bersamaan 22 ramadhan 1430 hijrah. satu majlis masak bubur lambuk di Masjid Lama Ampang Pecah dan ubtuk disumbangkan kepada orang ramai di pasar awam KKB telah di adakan. Pada tahun ini ASCC tidak menganjurkan secara sendiri sebagaimana tahun lepas, ASCC turut serta dalam program ini bersama Komuniti Bestari Mukim Ampang Pecah, Kelab Rekreasi dan Pelancongan Daerah Hulu Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd, AJK Masjid Lama Al Hidayah Ampang Pecah, Persatuan Belia Insaf Ampang Pecah, Majlis Daerah Hulu Selangor dan dengan Kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, AADK Hulu Selangor serta KKB Bikers.

Banner program dan Gotong royong di adakan di perkarangan Masjid Lama yg bersejarah ini

Tuan Haji Abu berkayuh dengan jamil..................... Man K berkayuh dengan Haji Hairi

Pengurus Projet Azmi memantau Hj abu buat kerja bersama dengan Maskamal....

inilah bubur lambuk yang dah habis, helmi sedang menuang dan Lias menyerahkan bubur

Presiden Lt. Kol. Muhamad turut hadir semasa penyerahan. Maskamal & Md Dosah- pemerhati
Program yang bermula dari jam 10 pagi hingga 6.30 ptg tersebut disifatkan sebagai berjaya dan terima kasih kepada yang menjayakannya. Seperti biasale komen saya, Penganjuran yang baik ini sepatutnya dimulakan dengan baik dari pagi hingga selesai, penglibatan dalam banner ada 10 kumpulan yang tercatit tetapi yang benar-benar komited pada hari tersebut boleh dikira. Cuba semasa penyerahannya sahaja yang ramai yang terlibat. Apa pun Syukur alhamdulilah diatas penglibatan semua. Semoga Allah saja yang membalasnya.

No comments: