My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Friday, August 7, 2009

Mr.T KAYUH SOLO DI MELAKA

SALAM .... Hai...hai
Dalam kesebukan pengayuh ASSCC bersedia untuk kayuhan Antara Gapi, Mr T pula terpaksa kesaorangan di Melaka. Walaupun urusan tugas , basikal tidak tinggal, kayuh tetap kayuh. Namun begitu kayuhan hanyalah di jalan raya. Hari pertama Bandar Hilir (hotel) ke Alai-semabuk-bandar-masjid Selat dapatlah 22 km, hari kedua Bandar hilir (hotel) ke Klebang ( hanya 6 km nak sampai sg udang ) dan kembali ke bandar 25 km , hari ini jumaat cuaca teruk, jerebu tebal, penglihatan kabur saja, sembahyang di masjid selat pun berjerebu. Alhamdulilah lepas solat jumaat dimasjid semua buat solat hajat pohon tolak bala H1N1 dan kesejahteraan semua. Rasanya tak kayuh le hari ni.



Hari Ke 2 Dihadapan Masjid Alai....Cantik masjidnya.......... Hari ke 3 kayuhan ke Klebang

bergambar berlatar belakangkan 'Eye On Malaysia" di Melaka dan gerai belacan/makanan

Bergambar di klebang . bau belacan memang best. tambah kuat kayuh ..Klebang Beach resort

biasa le pergi melaka , tak sah kalau takada gambar a farmosa dan istana melaka

Jerubu masih ada sikit tapi pakai topeng pasai h1n1. sebelah tu tayar yang pancit tanpa sebab.
Sabtu 8/8/09 Hari ke 4 di Melaka ..... sedikit putus semangat kerena sudahlah jerubu ( dah kurang sikit pasai hujan awal pagi). Hajat pagi ini nak kayuh ke sungai Udang atau lebih sikit akhirnya terkulai bila tayar pancit dijarak 5 km apa nak kata kayuh kaki le pasai tiub ada tapi pump pula tertinggal di hotel.
Sebelah petang walau hari sabtu masih ada kerja yg perlu dilakukan, jadi hanya sempat keluar kayuh jam 6.20 ptg itupun dengan misi mencari sahabat mtb atau berbasikal. selain dari itu mencari kedai yang dikata top di melaka ini.
Setelah bertanyakan orang ramai dan akhirnya telah jumpa kedai yang dimaksudkan "SIN BEE HIN" dan bertemu pekerjanya yang juga Juara Kayuhan Melaka Achai (Sim Seng Chai) yang
ramah orangnya.

Didalam kedai ..... manale tahu kot berkenan cari sebuah. ini lah kedai yang dimaksudkan
Achai sedang menimbang basikalnya, hanya 10 Kg lebih sikit aje

Basikal yang akan di gunakan di Broga nanti katanya dan yg biru proton tu aku punya le......
Saudara Achai menjemput semua pengayuh untuk turut serta kayuhan Malam di melaka pada 24/10/2009 Sabtu malam Ahad nanti, yang berminat dan segala keterangan lengkap sila boleh layari http://www.eccmalacca.blogspot.com/
Hari ke 5 Ahad 9/8/09

Ketika kekawan lain sedang berkayuh di Kayuhan Antara gapi. Hulu Selangor. Saya terasa sayu juga pasai tak dapat joint geng dan orang ramai dalam kayuhan itu. walau bagimanapun kayuh tetap kayuh. Hajat hati tu besar nak kayuh ke Muar, pergi balik lebih kurang 90 km agaknya. dek kerana tidur lewat maka bangun pun lewat . Jam 750 pagi baru golek tayar. kayuhan tetap menuju arah muar.


Semasa dihadapan Merlimau Inn dan di sebelah tu setelah kayuh 3 km dari melimau

Keseronokan berkayuh terpotong apa bila hp berbunyi dan mesej menyatakan Seminar bermula jam 1000 pagi. Apanak kata sesampai di Merlimau pusing semula, sebelum itu hati tergerak bila terpandang satu nama yang penuh bermakna kepada golongan wanita. Makam Tun Teja.... hati begitu kuat untuk melawatinya. sebelum sampai ke makam satu pandangan indah menarik perhatian saya. 3 buah basikal tua diletakan dihadapan rumah penduduk di sini dengan disangkutkan ditiang besi. Kepada peminat Basikal lama boleh melihat hasil seni mereka.


Basikal lama menjadi arca yang menarik di depan rumah ini

Sebaik sahaja sampai di pintu gerbang makam tun teja. tegak bulu roma ku dan sempat juga sedekahkan fatihah untuk nya ( dimakam sekali lagi tegak bulu roma ). Jumlah km kayuhan pagi ini hanyalah 58 km sahaja. OK letu esok pulak.........

dimakam Tun Teja...................... tibe-tibe tegak bulu roma.
Hari ke 6 Isnin 10/8/2009

Cuti kayuh banyak kerja

Hari Ke 7 Selasa 11/8/2009

Hari ini taget kayuh ke Alur Gajah, Jarak kayuhan tidak pasti, dengan langkah yang penuh yakin meneruskan kayuhan, peringkat awal kayuhan macam biasa OK aje... cuma jalan yang di lalui sibuk sikit. Sesampai di Paya rumput oleh kerana LampunIsyarat mereh dan tidak dapat nak cilok, sempat le bertanya pada abg. motosikal berapa jarak ke Alor gajah lagi...dia jawab " jauh lagi, tapi kalau abg nak senang, abg ikut sebelah kanan" katanya.... sememangnya kita orang luar ikut juga le pandangannya. Peringkat awal ok aje sampai di Stadium Hang Jebat, lepas tu kayuhan di teruskan sehingga keluar ke Air Keroh. aaiiiiii...... cadangan kayuh ke Alor Gajah tapi tembus ke Air Keroh...... aku silap tanya ke ? atau orang tu yang silap dengar atau .........? tak pa le kita terus saja melawat kekawan di Zoo Melaka, Taman Buaya dan kawasan sekitarnya.


Di hadapan Stadium Hang Jebat ................Dihadapan taman sibuaya ( bukan buaya darat tau)
Dataran Ayer Keroh..........di Sebelah tu Danael dan kawannya sedang berkayuh.... kita ikut aje dari belakang.

4 comments:

Anonymous said...

Rolex watches

Zenith watches

Longines watches

Oris watches

Panerai watches

Rado watches

Vacheron Constantin watches

Patek Philippe watches

Baloo old said...

Terima kasih kerana sudi mempromosi Jamboree Malam di Melaka, Harap geng geng assakinah dapat menghadiri jamboree malam yang dianjurkan oleh ECC. Lamani blog kami di http://ecc.malacca.blogspot.com

Saudari di depan tu mendapat tempat kedua di PCC

black heart said...

hye.... sy ada tgk blog club basikal ni..
so sy nk promote la... coz sy ada jual jersi n padding utk basikal rasing ni....hehe.
so klu bminat boleh contact no sy. tQ..
0136484898

black heart said...

hye.... sy ada tgk blog club basikal ni..
so sy nk promote la... coz sy ada jual jersi n padding utk basikal rasing ni....hehe.
so klu bminat boleh contact no sy. sy pun org melaka. tQ..
0136484898