Lias sedang menerima tangkal dari Abg Sani ........Kayuhan "welcome to Wan"
Wan... lepak setelah kecundang......tapi masih ok . RM 10.00 makan tghari habis ditabur ketanah
Wan... lepak setelah kecundang......tapi masih ok . RM 10.00 makan tghari habis ditabur ketanah
BERSEDIA...... itu adalah perkataan keramat yang digunakan dari zaman parameswara sehingga le kini. Perkataan ini adalah asas bagi pergerakan kawat bagi pasukan keselamatan. Setiap apa jua yang kita akan lakukan seharusnya kita bersedia untuk memulai, menjalani dan menghadapinya. Apatah lagi menghadapi sukan yang agar lasak.
Ok. dalam cerita kali ini. Mengambil dari kisah Sahabat ASCC yang mencuba basikal baru dan merupakan pengayuh baru. Saya ingin berkongsi dan semua pembaca terutamanya yang baru ingin mengayuh, apa yang perlu dan tidak sepatutnya dilakukan sebelum mengayuh basikal.
1. Pastikan tahap kesihatan kita baik.
2. Peralatan yang akan digunakan baik (Basikal atau alatan sukan yang lain)
3. Memahami dan tahu mengunakan peralatan yang akan digunakan.
4. Tahu kemampuan diri
5. Tidak makan makanan yang berat ( nasi atau mee,bihun, kuetiaw jenis goreng) 2 jam sebelum kayuh.
6. Jika perlu hanya makan Roti atau jenis makanan pembekal tenaga.
7. Jangan berkayuh jika sakit atau pening kepala ( kecuali mereka yang dah biasa, kerana bagi dah biasa , yang demam selalunya hilang demam)
8. Sebelum berkayuh , Mulakan dengan rengangan ikut keselesaan.
9. Paling baik, gunakan gear yang ringan dahulu.
10. Pilih kayuhan di jalan yang rata dan tidak jauh di peringkat awal ini.
11. Elakan kayuhan mendaki bukit
12. Jangan berkayuh di laluan yang orang kurang laluinya
13. Elakan berkayuh di laluan sibuk
14. Sentiasa bawa air. ( peringkat awal ni bawa air meneral atau masak sahaja )
15. Hanya tambah jarak kayuhan setelah yakin boleh dan berkemampuan
No comments:
Post a Comment