Entah macam mana minat berbasikal lasak ini boleh timbul dikalangan pengayuh ASCC, yang pastinya tujuan asalnya untuk riadah dan bersukan bagi mengeluarkan peluh. ( untuk kesihatan le tu ) dan hingga kini tujuan tersebut masih tetap sama.
Kalau nak cerita......... zaman saya dulu aktif sukan bolasepak, olahraga dan untuk riadah hujung minggu dengan grup motosikal.( zaman 80an dulu top le motosikal RXS, RXZ dan Raider.... tak main le motosikal plastik..... jenis cap chai le tu........) itu dulu.... zaman kan dah berubah.

Mr. T yang angkat tangan tu..... dengan geng 80an semasa duduk penang
Berbalik kepada cerita basikal ni, Dirumah saya hanya ada 2 je basikal.... 1 basikal tua dan 1 lagi basikal perempuan .. jenis basikal masa tu tak ambil tahu langsung..... Itu lah yang jadi rebutan disebelah petang dengan 7 adik beradik ( 6 lelaki ) . Pantang ayah tinggal basikal ...... kalau susah nak naik di waktu petang . pukul 1 ptg pun kayuh ( matahari tengak diatas kepala..... masa tu lapisan ozon masih tebal lagi )....... yang menariknya naik basikal tua tu ikut celah aje.....sampai tersepit kain dirantai...... hitam kena minyak tu biasa le.................basikal wanita ( kureng le sikit).
Kalau pembaca nak tahu kelebihan basikal tua ni.....
1. Dia laju
2. Lasak
3. Boleh naik ramai-ramai
4. Kalau dah pandai naik palang..... pasti penah rasa senak di............ . bila kaki terlepas pedal.
5. Orang berniaga ikan, sate dan gula kapas pun pakai basikal ini.
6. Penoreh getah dan bedang juga pakai basikal ini ( bebanan banyak sangat sampai terangkat tayar depan ) cuba le bayang kan...................
Yang pentingnya basikal tua ni begitu menarik, sehingga sekarang....... kalau lihat basikal tua ni
penuh nostagia.... tambah bila melawat blog Nostagia Basikal tua...... Cekgu punya ( http://nostalgiabasikaltua.wordpress.com/) ..... caya la cekgu dan kepada blogers yang begitu menarik minat saya melihatnya.


Zaman saya tak jumpa di jalan raya kecuali sarkis 'Royal London Circus'

Siap ada beg kulit di belakang

Dasyat habis zaman samseng kg dusun-anak dara tergila-gila

Kat penang dulu ada lesen... saya dan le tengok

Pump basikal tak tingal masa tu

Basikal ni dulu orang panggil basikal bujang

Mr. Wong .... lain macam basikalnya

Selain bendera lihat dinemo untuk mendapatkan aliran bagi lampu

Bestkan dapat bertemu geng-geng basikal tua ni

Basikal ini boleh di lipat

haaa.. tu dia...

kat negara afrika pun la ni depa naik ramai-ramai
Sebenarnya saya tabik spring untuk cekgu dan blogers basikal tua yang sangup mencari di merata ceruk kampung serta menyimpan khazanah yang ramai tidak hargai ini. Ramai dah lupa ada yang berjaya hidupnya hari ini pernah duduk dipalang besi, keria belakang dan kayuh dicelah basikal tua ini.
Kini kita teruskan kayuh basikal zaman kita tanpa melupakan kayuhan celah yang begitu jelas terbayang keseronokannya. Kepada Blogers basikal tua terima kasih kerana saya cuit-cuit gambar dari blog mereka..... OK ASCC ini hanya untuk kenangan lalu.
2 comments:
Waahh....What a wonderful memory?
Thanks..... your respon..... the best is senak di t..... pasal terlepas pedel basikal & benda tu terentak betul betul atas palang , Saya dan basikal tua melucur laju dalam paya untuk acara makan pasir, air busuk dan mendapat kulit baru di tapak tangan dan sebahagian peha( lukale tu).
Post a Comment