My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Tuesday, October 21, 2008

MANA BLOGERS MTB KAWASAN TENGAH ?

Salam.....................

Dikawasan Hulu Selangor ini ( Kuala Kubu Bharu ) dah sampai musim hujan. KL pun hari hujan . Hujan di KKB selalunya tidak tentu masa tetapi kerap pada sebelah petang........... maka tidak berkayuh lah kami ASCC. Mula-mula dulu hujan rintik-rintik pun kami kayuh tapi sekarang hujan yang turun, kasar-kasar dengan alasan ini maka kami mengilatkan basikal aje........ Namun begitu malam ini kami akan berkayuh sebelah malam pula..... tunggu ceritanya nanti.......
Satu perkara lagi . Setahu saya le di Perak, Selangor dan KL banyak kumpulan MTB namun kurang benar mereka ini memaparkan aktiviti dalam blog. Syabas MTB Zon Utara mereka semua hebat-hebat........ OK geng kayuh MTB zon tengah apa lagi ....... Geng kayuh Batangkali ada, Gombak pun ada, Hulu Langat , Bukit beruntung pun ada....... dan banyak lagi yang saya tahu ada kumpulan kayuhan ........ saya sempat melihat blog sahabat dari putrajaya sahaja..... Bukan apa .......... kalau geng kayuh ceritakan route-route masing sekurang-kurangnya kumpulan MTB lain mungkin akan berkunjung untuk merasa kayuhan di tempat anda.
Kepada Pengayuh MTB yang selalu berkayuh di KKB dan sekitarnya ( ramai pengayuh dari KL, PJ dan selayang ) terima kasih kerana kerap mengayuh disini, saya pasti anda pasti puas ditempat kami.

No comments: