My Album

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )

ECC NITE JAMBOREE 2010 ( BURUNG HANTU RIDE )
JOM KITA RAMAI-RAMAI

KAYUHAN KAMI MINGGU INI

SENDIRI-SENDIRI....



Sunday, October 12, 2008

SIANG PECAH LEMAK, MALAM BIKIN LEMAK

Salam................... Salam Lambaran

Sememangnya liat dan payah bila nak memulakan kayuhan, bagi yang kayuh berterusan dibulan ramadhan tidak jadi masalah.......... Ramai pengayuh ASCC mula sejak minggu lepas ( ada yang berterusan kayuh walau pun petang raya ). Mereka yang berehat sepanjang ramadhan terasa akan ................ namun begitu itu hanya untuk sementara waktu sahaja kerana sebaik sahaja peluh jantan mercik dari kulit......... kekuatan dan semangat bermula.
Pada pagi 11/10/2008 Sabtu lalu ASCC melakukan kayuhan 3 dalam 1 yang jaraknya 25 km sahaja. Laluan yang sering dilalui kian sukar ditambah pula hujan yang turut pada malam sebelumnya. Laluan jadi licin dan terdapat banyak halangan, di tambah pula banyak laluan dibentuk semula oleh air hujan yang bermusim ketika ini.

Bukit yg biasa pun jadi berat

Pengayuh lain dah lepas tinggal Mr. T di Road Block Lembu.

Jamil & Anuar ( anaknya) menongkah bukit

Terdapat pokok tumbang dan tanah runtuh

laluan jadi licin

seperti membajak sawah..... mandi lumpur kami

banyak laluan air yang baru - kata Abg Sani

nampak Clear tapi di depan mandi lumpur lagi

Berehat setelah selesai kayuhan 23 km

Tapa & Zan control manco ... hanya tayar aje kotor

Kotor itu biasa le ....... lumpur naik muka tu.... biasa juga

Ok.... basikal dah kotor, cara terbaik mengurangkan kekotoran kami kayu dalam air pula, lagipun 25 km rasa masa dekat sangat ( pendek kata tak cukup le tu ). Kayuhan dalam air ini sebenarnya memerlukan perhatian dan tenaga yang lebih bagi mengawal kayuhan menentang arus ( kalau air laju lagi teruk ) . Pengetahuan pengunaan gear yang sesuai juga perlu. dalam pada itu kayuhan kami di air bermasalah sedikit apabila rantai basikal jamil putus dan terpaksa diangkat..... perkara ini berlaku akibat kayuhan kuat kita didalam air, sepekara lagi yang perlu dingat terdapat bahagian tertentu yang sensitif pada air ( mudah karat ) jadi jika boleh kayuh diair yang tidak melebih kotak gear.

Anuar seronok kayuh di air

jamil selesa dan tenang

Hasnizan.......... best ni.... tak caya mai cuba

Hasnizan ..... hari air cetek sikit
Jamil sebelum rantai putus
Alur limpah di Ampang Pechah.... Sungai Selangor
Mr. T. Dari jauh ku pohon maaf (macam lagu raya le pulak )
disini sekali kayuh ramai-ramai pun tiada masalah
Gear dan rantai yang putus basikal jamil
Jamil terpaksa pikul..... rantai yg putus masih melekat

di penghujung laluan air
Idea dikongsi bersama jamil dan zan

akhirnya sianak menarik bapanya

Itu kesahnya di hari siang dan di sebelah malam 11/10/2008 pula selepas solat maghrib dan isya berjemaah di surau . Semua jemaah dan Ahli ASCC hadir rumah terbuka Tuan Imam Ustaz Bakri. Alhamdulilah ramai yang datang dan pada malam itu kami dihidangkan makanan yang khas makanan sabah ( berasaskan pulut yang dibalut daun pisang.... namanya saya dah lupa ) sedap dimakan bersama ayam dan daging rendang .... Ustaz dan isteri adalah orang sabah... Untuk pengetahuan Ustaz Bakri juga pernah mengikut ASCC Kaluh 3 dalam 1 bersama pelajarnya ( Darul Quran ) Sila lihat catatan ASCC bersama Darul Quran
Ustaz bakri juga merakamkan gambar tetamunya
Md dosah dan Hj Hairi .... macam biasa haji... makan no problem
Selepas tu lebih kurang 1000 malam rombongan kami meneruskan bikin lemak di rumah Md Dosah, sebelum tu kami di hidangkan basikal Proton (TBolt) di depan pintu ( itu saya yang letak saja bagi tuan rumah marah ) Bukan hidangan yang utama bagi kami.... kunjung mengunjung adalah untuk mengeratkan salitul rahim diantara kami. namun begitu Mee kari, Laksa, lemang, nasi impit serta kueh yang di hindang..... apalagi macam biasa kami pun......... belasah.
Basikal ini sebenarnya disimpan baik tapi saya saja mengusek

Haji naini, Haji Rasyid dan Haji abu turut serta
Lagi kenyang makan bila duduk sebelah basikal
Pada kesokan harini 12/10/2008 sebagaimana biasa seperti yang dijanjikan kayuhan memanjat bukit Garachi..... lebih kurang 10 orang menyatakan persetujuan. Kita merancang dan tuhan menentukan pada jam 0650 pagi hujan pula mematahkan semangat pengayuh dan pada jam 7.20 pagi rahmat tuhan ( Hujan le tu )dah sidang dan Abg sani dah bersedia, Lias pun dah datang, HJ Abu juga dah sampai, Hasnizan dan Md Dosah bersedia. Bila kayuhan bermula sampai di pintu taman, sekali lagi lagi hujan turun dengan lebatnya. Maka tempat parking kereta orang jadi singgahan kami. Kayuhan hari ini kantoi........... (Lemak tetap berlemak)
LIas muka kecewa, abg sani & haji abu nak kata apa

Ini Bukti hujan lebat... itupun kalau tak caya.

1 comment:

ZanKX said...

salam,
tk kerana sudi lawat blog kami kat perlis..
bulan lepas ada sorang cikgu dok kat bkt beruntung singgah..
mungkin dr group ni juge..
semoga satu hari nanti kita bole kayuh sama2