Assalamualaikum wbt.
Kepada Seluruh Pengayuh-pengayuh MTB, pengunjung dan pembaca blog ASCC ini. Saya sebagai penulis blog yang dikenali sebagai Mr. T mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri. Saya memohon ampun dan maaf seandainya dari awal wujud blog ini sehingga kini terdapat tulisan saya yang menyinggung perasaan kawan-kawan pengayuh atau pembaca. Apa yang saya tulis dan paparkan di blog ini adalah dari saya sendiri mungkin pendapat peribadi, hasil penelitian atau pemerhatian saya dan adakalanya bersifat berjenaka atau mengusik kawan-kawan. sekali lagi saya pohonkan maaf zahir dan batin kerana ini adalah tulisan saya yang terakhir dalam blog ini dan saya menyerahkan kepada penulis baru ASCC untuk meneruskan blog ini. Sekian terima kasih.